Definisi : 1. kesan buruk drpd sesuatu peristiwa (perbuatan dll), kesudahan (yg tidak baik), padah: rakyat yg terpaksa menanggung pelbagai ~ peperangan; rumah tangga yg porak-peranda ialah antara ~ yg disebabkan oleh perjudian dan minuman keras; 2. disebabkan (didatangkan dsb) oleh, (sbg) kesudahan dr: kepalanya pening ~ minum arak; kerosakan besar harta benda ~ banjir; akibatnya akhirnya, hasilnya, kesudahannya: apakah ~ kalau kau terus berkelakuan begini? berakibat 1. berakhir dgn, berkesudahan: perkelahian itu ~ dgn kematian; 2. berpunca: suatu perbuatan yg ~ drpd yg lain; mengakibatkan mendatangkan akibat, menyebabkan terdapatnya atau berlakunya sesuatu peristiwa dll (yg buruk): serangan-serangan pengganas ~ beberapa anggota tentera keselamatan terbunuh; persengketaan yg mungkin ~ peperangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : hasil atau keputusan drpd sesuatu peristiwa (perbuatan, keadaan dsb): Banyak rakyat yg menderita ~ pemberontakan itu. akibatnya hasilnya; akhirnya: Jika engkau berani melakukan perkara itu, engkau patut berani juga menanggung ~. mengakibatkan mendatangkan akibat; menyebabkan berlakunya sesuatu peristiwa: Kedegilan Israel telah ~ peperangan di Asia Barat berlanjutan hingga sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)