Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.di/] | ديديقبر

Definisi : 1. pelihara, jaga (dgn hati-hati), ajar; ayam ~ ayam yg tidak beribu (dipelihara drpd kecil); 2. sl, bd anak-anak yg baru remaja: harta yg Duli Tuanku kurniakan dahulu, sekarang sudah dihabiskan oleh ~ itu utk bersuka ria; mendidik menjaga (memelihara dsb) dan melatih (mengajar dll) baik-baik: ~ kanak-kanak bukan satu perkara yg boleh di­pandang ringan; terdidik mendapat latihan (pengajaran dll), terlatih: sebelum perang dahulu banyak mahasiswa kita yg ~ di tanah Inggeris; didikan 1. kaedah mendidik: salah ~ boleh merosakkan anak-anak apabila mereka besar kelak; 2. yg dididik (diajar, dilatih, dll): masa depan bagi kanak-kanak ~ sekolah Melayu kini terjamin; 3. = pendidikan; pendidikan 1. perihal mendidik: ~ kanak-kanak cacat belum diperluas lagi di negara kita; 2. = ilmu ~, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik: ia mahu mendalami lagi pelajarannya dlm hal ~ kanak-kanak; 3. didikan, latihan, ajaran: merosotnya moral pemuda-pemudi kita ialah kerana kurang mendapat ~ rohani ketika di bangku sekolah; berpendidikan mendapat pendidikan (la­tihan): kaum intelek Melayu yg ~ Barat masih ragu-ragu akan kemungkinan bahasa Me­layu dijadikan bahasa rasmi; pendidik orang yg mendidik, guru: sekarang Ali bertugas sbg ~ di sebuah sekolah di Kelantan; kependidikan hal (sifat dsb) yg berkaitan dgn pendidik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.di/] | ديديقبر

Definisi : ; mendidik menjaga dan mengajar (melatih dll) baik-baik: Ibu bapa harus ~ anak-anak mereka sejak kecl lagi. terdidik mendapat latihan (asuhan, pengajaran dll) yg sempurna; terlatih: Dia inilah salah seorang murid yg ~. didikan 1 cara mendidik: ~ yg salah dpt menyesatkan penuntut-penuntut sekolah. 2 hasil mendidik; yg dididik: Murid-muid ~ sekolah agama sangat bagus tatatertibnya. 3 latihan; ajaran: Kekurangan ~ dlm bidang agama menyebabkan banyak remaja yg tidak bermoral. pendidikan perihal atau perbuatan mendidik: ~ anak-anak cacat memerlukan kesabaran dan kesungguhan. berpendidikan mendapat didikan (latihan); berpengetahuan: Orang-orang yg ~ tinggi selalunya disanjung oleh orang ramai. pendidik orang yg mendidik; guru. kependidikan hal atau sifat yg berkaitan dgn pendidik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didik


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Wadah didik remajaAbu Hassan MoradAnis1 December 2002
Anak DidikNoor Aslina KarimDewan Siswa1 December 1994
Kenali dan didik al-nafsNoorzila JamaludinAl Islam1 June 2006
Tiga buah sajak-Si Didik PutihA. Ghani AbdullahDewan Pelajar1 January 1975
Syarikat Takaful Malaysia Berhad - didik masyarakat Malaysia menabungTiadaDewan Ekonomi1 January 1998
Teknologi pembiakan betik secara teknik tisu didikTiadaDewan Kosmik1 May 1996
Perihal kata-kata yang berumbikan "ajar" dan "didik"Awang Had SallehPelita Bahasa1 December 1992

Kembali ke atas