[pu.kal] | ڤوکل
Definisi : 1. bongkah, gumpal, ketul (emas dll); sepukal segumpal, sebongkah; emas ~ emas sebongkah, emas kimpal, emas tampan; keris ~ a) keris ganja iras; b) keris yg lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yg berlok); taat setia yg ~ taat setia yg tidak berbelah bagi; 2. Kd bernas, tepat; jawabannya ~ jawabannya bernas (tepat); memukal menjadikan pukal (bongkah, gumpal, ketul): ~ emas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pu.kal] | ڤوکل
Definisi : 1 bongkah; ketul; gumpal (bkn emas dll). 2 dlm kuantiti yg banyak: Minyak kelapa sawit diisikan ke dlm tangki utk dieksport secara ~. 3 tidak berbelah bagi (bkn hati dll): Oleh itu, terimalah pengajaran ilmu pengetahuan itu dgn hati yg tabah dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)