[kah.win] | کهوين
Definisi : 1. perikatan yg sah antara lelaki dgn perempuan menjadi suami isteri, nikah; 2. = berkahwin mempunyai isteri (suami), beristeri atau bersuami: hal itu sangat melukakan hatinya hingga ia memutuskan tak akan mahu ~; dia sudah ~ dan sekarang tinggal di Kuala Lumpur bersama suaminya; 3. = berkahwin bernikah: dia mahu ~ dgn gadis pilihannya sendiri; 4. bp bersetubuh, berjimak; ~ andar kahwin dgn tidak memberi apa-apa (membawa badan sahaja); ~ campuran kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa (agama); ~ gantung nikah gantung; ~ kantor Id pernikahan yg dijalankan di pejabat pendaftaran, pernikahan awam (tidak di hadapan kadi atau gereja dsb); ~ lari perkahwinan (pernikahan) pasangan lelaki dgn wanita (biasanya suka sama suka) yg dilakukan di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui oleh kaum keluarga: alasannya, pernikahan Hazilimah dgn Mohd. Jidi itu kerana ~ lari dgn meninggalkan wali akrab serta bernikah di Selatan Thailand; ~-mawin a) segala urusan kahwin; b) pertalian keluarga kerana pernikahan; ~ paksa kahwin (perikatan suami isteri) yg berlaku atas paksaan atau desakan orang lain (tidak dgn sepenuh kerelaan pengantin lelaki atau perempuan); mengahwini 1. berkahwin dgn, menjadikan isteri (suami): Doris sendiri akan ~ dia, seorang pemuda Timur; kerana kecantikannya inilah, maka datuk saya ~nya; 2. berjimak (bersetubuh) dgn; mengahwinkan 1. menjadikan beristeri (bersuami), menikahkan, memperisterikan (mempersuamikan): akhir tahun ini, ia hendak ~ anaknya; 2. menggabungkan (mencantumkan, menyatukan) dua unsur dll yg berlainan: beliau cuba ~ Barat dgn Islam dlm satu sistem; perkahwinan 1. perihal berkahwin, pernikahan: ~ itu berlangsung dgn selamat; 2. pergabungan (perpaduan dsb) antara dua unsur dll yg berlainan: gaya penulisan kewartawanan baru yg merupakan semacam ~ antara dunia fiksyen dgn bukan fiksyen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kah.win] | کهوين
Definisi : kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa atau berlainan agama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[kah.win] | کهوين
Definisi : 1 perikatan yg sah antara orang lelaki dgn orang perempuan utk menjadi suami isteri; nikah. 2 = berkahwin mempunyai isteri atau suami; beristeri; bersuami: Anak saya yg bongsu belum ~ lagi kerana dia masih muda. 3 = berkahwin mendirikan rumah tangga; bernikah: Kemudian, gadis itu jatuh cinta pdnya lalu mereka pun ~. 4 bersetubuh; berjimak. 5 percantuman atau penyatuan sel jantan dgn sel betina (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). ~ andar kahwin dgn seseorang dgn tidak mengeluarkan apa-apa belanja. ~ campuran kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa atau berlainan agama. ~ gantung kahwin atau nikah yg sudah sah di sisi agama tetapi kedua-dua suami isteri belum tinggal bersama. mengahwini 1 berkahwin dgn; mengambil sbg isteri atau sbg suami: Dia sanggup ~ gadis itu. 2 bersetubuh dgn. mengahwinkan 1 memberi beristeri atau bersuami; menikahkan: Pd akhir tahun ini, dia hendak ~ anaknya yg bongsu. 2 mencantumkan atau menyatukan sel jantan dgn sel betina (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). perkahwinan perihal berkahwin atau bernikah; pernikahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)