Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lo.joh] | ݢلوجوه

Definisi : 1. lahap, rakus: terlalu ~ pd makanan; 2. gopoh dan kasar, tidak cermat: janganlah engkau buat sesuatu kerja itu dgn ~ dan gopoh; kegelojohan keadaan (sifat) gelojoh:~ manusia menghapuskan keindahan alam di bumi Semerak amat dikesali oleh Pak Tua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lo.joh] | ݢلوجوه

Definisi : 1 suka makan banyak-banyak serta dgn gopoh dan kasar laku; lahap: Sungguhpun makanan itu tidak sedap tetapi oleh sebab perut lapar, kami makan juga dgn ~nya. 2 ki cepat-cepat atau gopoh (tidak cermat) dlm melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelojoh

Peribahasa

Umpama anjing makan muntahnya.

Bermaksud :

Orang yang tamak dan gelojoh tidak memilih (keji atau terlarang) apa yang akan diperbuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lantak[lAn.tA/]kata kerja1. makan dengan gelojoh.Dia lantak nasik tu habeh seperiok.[di.jA lAn.tA/ nA.si/ tu hA.beh s«.p«.Òi.jo/]Dia makan nasi itu dengan gelojoh hingga habis seperiuk.
bengkong[b«N.koN]kata kerja1. makan dengan rakus, gelojoh, lahap.Pasai dia lapaq, dia bengkong nasik satu periok.[pA.sAj di.jA lA.pAâÖ di.jA b«N.koN nA.si/ sA.tu p«.Òi.jo/]Dia makan seperiuk nasi kerana tersangat lapar.
mentekedarah[m«n.t«.k«.dA.ÒAh]kata namamakan banyak dan gelojoh, pelahap.Bila dapat makan peri, dia mentekedarah tak renti-henti.[bi.lA dA.pAt mA.kAn p«.Òi di.jA m«n.t«.k«.dA.ÒAh tA/ Ò«n.ti.Ò«n.ti]Apabila berpeluang makan percuma, dia makan dengan pelahap tanpa henti.

Kembali ke atas