Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.na.ma.na] | مان٢

Definisi : 1. mana pun, barang apa pun, setiap: mereka tidak menyebelahi ~ pihak dlm pertikaian itu; bacalah ~ novel; ~ dokumen disimpannya baik-baik; 2. siapa­siapa, barang siapa: ~ yg setuju mengangguk-anggukkan kepalanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.na.ma.na] | مان٢

Definisi : 1 barang apa pun: Ambillah ~ yg kausukai. 2 sesiapa pun; barang siapa: ~ yg letih, bolehlah berehat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mana-mana

Puisi
 

Anak Cina sanggul terpacak,
     Mati dibunuh Seri Rama;
Adik laksana buah masak,
     Bau semerbak ke mana-mana.


Lihat selanjutnya...(261)
Peribahasa

Mati badan dikandung tanah,
     nama beredar ke mana-mana.

Bermaksud :

Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.

 

Lihat selanjutnya...(74)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cendoi[tS«n.doj]kata kerjaturut di belakang, mengekori dengan dekat.Cucu dia dok cendoi kat mana dia pi.[tSu.tSu di.jA do/ tS«n.doj kAt mA.nA di.jA pi]Cucunya selalu mengekorinya ke mana-mana sahaja dia pergi.
   2. tinggal, diam.La ni hang dok tang mana?[lA ni hAN do/ tAN mA.nA]Sekarang ini engkau tinggal di mana?
ni[ni]kata namaengkau, kamu, awak.Ni pi mana semalam.[ni pi mA.nA s«.mA.lAm]Engkau pergi ke mana semalam?
   2. baki (wang dan lain-lain)Mana pinjul duet hak aku bagi semalam?[mA.nA pin.dZoj du.wet hA/ A.ku bA.gi s«.mA.lAm]Mana baki wang yang aku beri semalam?
pa[pA]kata namamereka.Hang pa ni nak pi mana?[hAN pA ni nA/ pi mA.nA]Mereka ini hendak pergi ke mana?
la[lA]kata namasekarang, masa ini, kini.La ni hang nak pi mana?[lA ni hAN nA/ pi mA.nA]Sekarang engkau hendak pergi ke mana?
hang[hAN]kata namaengkau, awak, kamu, anda (untuk yang sama taraf); hampa, hangpa.Hang pi mana tadi.[hAN pi mA.nA tA.di]Engkau pergi ke mana tadi.
   2. mencari sesuatu kemudahan atau benda (seperti wang, makanan dan sebagainya).Mana aku nak pi gerengau duet banyak tu?[mA.nA A.ku nA/ pi g«.Ò«.NAw du.wet bA.øA/ tu]Di mana aku hendak mendapatkan wang yang sebanyak itu?
hangpa[hAN.pA]kata namaengkau, awak, kamu, anda (untuk yang sama taraf); hang, hampa.Hangpa pi mana tadi.[hAN.pA pi mA.nA tA.di]Engkau pergi ke mana tadi.
hampa[ham.pA]kata namaengkau, awak, kamu, anda (untuk yang sama taraf); hang, hangpa.Hampa pi mana tadi.[hAm.pA pi mA.nA tA.di]Engkau pergi ke mana tadi.
1234

Kembali ke atas