Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nat[nAt]kata namapekan harian, pekan sehari.Depa dok juai kacang poi kat nat pada ari Rabu.[dE.pA do/ dZu.wAj kA.tSAN pj kAt nAt pA.dA A.Òi ÒA.bu]Mereka sering menjual kacang poi di pasar harian pada hari Rabu.
banat[bA.nAt]kata namapedalaman, hulu, udik.La ni dekat banat pon ada pili dengan karan.[lA ni d«.kAt bA.nAt pon A.dA pi.li d«.NAn kA.rAn]Sekarang di kawasan pedalaman pun terdapat air paip dan elektrik.
tokai[t.kAj]kata kerjamencuba.Hang tokai beniaga kecik-kecik kat pekan nat dulu, tara hang nak bukak kedai besaq.[hAN t.kAj b«.ni.jA.gA k«.tSi/.k«.tSi/ kAt p«.kAn nAt du.lu tA.ÒA hAN nA/ bu.kA/ k«.dAj b«.sA)Ö]Eloklah awak mencuba berniaga kecil-kecilan di pasar sehari sebelum berniaga secara besar-besaran.
bekenjah[b«.k«n.dZAh]kata adjektifbanyak (buah-buahan, barang-barang keperluan dan sebagainya), berkenjah-kenjah.Kalu musim buah, bekenjah buah moktan, buah derian, buah langsat kat pekan nat.[kA.lu mu.sim bu.wAh b«.k«n.dZAh bu.wAh m/.tAn bu.wAh d«.Òi.jAn bu.wAh lAN.sAt kAt p«.kAn nAt]Apabila musim buah, banyak buah rambutan, durian, langsat dan lain-lain di pekan sehari.
   2. menguatkan suara.Awat hang bang pelan sangat, laen kali pederaeh la siket.[A.wAt hAN bAN p«.lAn sA.NAt lAen kA.li p«.d«.ÒAEh lA si.ket]Kenapa engkau azan terlalu perlahan, lain kali kuatlah sedikit.
tadah[tA.dAh]kata kerjabelajar hal-hal keagamaan.Dia leteh sangat sampai tak larat nak pi tadah kitab kat madrasah.[di.jA l«.tEh sA.NAt sAm.pAj tA/ lA.At nA/ pi tA.dAh ki.tAb kAt mAd.ÒA.sAh]Dia amat letih hingga tidak terdaya pergi belajar agama di madrasah.
maneh melecaeh[mA.nEh m«.l«.tSAEh] terlalu manis.Jangan boh banyak sangat gula dalam kopi tu, nanti maneh melecaeh.[dZA.NAn boh bA.øA/ sA.NAt gu.lA dA.lAm k.pi tu nAn.ti mA.nEh m«.l«.tSAEh]Jangan bubuh gula berlebihan dalam kopi itu, nanti rasanya terlalu manis.
lorat[l.ÒAt]kata adjektifsuka bertanya atau mengambil tahu hal orang lain.Yang hang lorat sangat kat aku pasai apa?[jAN hAN l.ÒAt sA.NAt kAt A.ku pA.sAj A.pA]Mengapa kamu suka ambil tahu tentang diriku?
lanjot[lAn.dZot]kata adjektiflambat dan lama.Awat hang buat kreja ni lanjot sangat?[A.wAt hAN bu.wA kÒ«.dZA ni lAn.dZot sA.NAt]Mengapa engkau membuat kerja ini lambat dan lama sangat.
laeh[lAEh]kata adjektifletih, daif, selekeh, tidak bermaya.Awat hang ni laeh sangat, saket ka, pi la jumpa dokto.[A.wAt hAN ni lAEh sA.NAt sA.ket kA pi lA dZum.pA d/.t]Kenapa engkau lemah sangat, jika sakit, pergilah berjumpa doktor.
12345

Kembali ke atas