Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pak[pA/]kata namabelebas di dinding yang digunakan untuk meletak barang-barang kecil.Letakkan celak ni kat pak tepi ceremen.[l«.tA/.kAn tS«.lA/ ni kAt pA/ t«.pi tS«.Ä«.men]Letakkan celak ini di atas belebas di tepi cermin itu.
man[mAn]kata namasaya (Pulau Aur, Mersing)Man nak senon, aji nak ikot ke?[mAn nA/ s«.non A.dZi nA/ i.kot k«]Saya hendak ke sana, kamu nak ikut ke?
kong[koN]kata namabekas air daripada aluminium.Bawe kong ke mari, aku nak isi ae.[bA.w« koN k« mA.Äi A.ku nA/ i.si Ae]Bawa bekas itu ke mari, aku hendak isi air.
cop[tSop]kata namasejenis alat yang tajam matanya seperti mata tombak yang digunakan khusus untuk mengupas sabut kelapa, selumbat; solak.Mate cop tu selalu Pak Baka asah nak senang die kupas kelapa.[mA.t« tSop tu s«.lA.lu pA/ bA.kA A.sAh nA/ s«.nAN di.j« Mata selumbat itu selalu diasah oleh Pak Bakar supaya senang dia mengupas sabut kelapa.
bok[bo/]kata namatilam kekabu; lece.Bok senang gulong bandeng tilam sepan.[bo/ s«.nAN gu.loN bAn.deN ti.lAm s«.pAn]Tilam kekabu senang digulung jika dibandingkan dengan tilam sepan
aw[Aw]kata namabuai yang diperbuat daripada tali dan papan atau daripada jaring yang terdapat di luar kawasan rumah, khususnya yang terdapat di pokok (Pulau Aur, Mersing).Cantek aw aji, boleh anak ni tumpang maen?[tSAn.te/ Aw A.dZi bo.leh A.nA/ ni tum.pAN mAen]Cantik buai kamu, boleh anak ini tumpang bermain?
umpau[um.pAw]kata namapundi uncang atau bekas yang bersaiz kecil yang diperbuat daripada kain untuk menyimpan wang atau barang, ponjot.Atok suke simpan duet dalam umpau.[A.to/ su.k« sim.pAn du.wet dA.lAm um.pAw]Atok gemar menyimpan wang di dalam ponjot.
tugong[tu.goN]kata namakain buruk (Pulau Aur, Mersing).Aji pegi ambek tugong, buat kesat ae tumpah.[A.dZi p«.gi Am.be/ tu.goN bu.wAt k«.sAt Ae tum.pAh]Kamu pergi ambil kain buruk untuk mengesat air yang tumpah.
topang[to.pAN]kata namahampas kelapa (Pulau Aur, Mersing).Topang ito dimakan ayam.[to.pAN i.to di.mA.kAn A.jAm]Hampas kelapa itu dimakan ayam.
tonjen[ton.dZen]kata namasejenis permainan kejar mengejar secara berkumpulan yang melibatkan seorang “ibu” yang akan mengejar kawan-kawan yang lain dan apabila tercuit oleh “ibu”, orang itu akan menggantikan “ibu”; maen jebat.   
12345678910...

Kembali ke atas