Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngan.tin] | ڤڠنتين

Definisi : orang yg sedang menjalani isti­adat perkahwinan, mempelai: maka disambut oranglah ~ itu dibawa naik; ~ baru orang yg baru berkahwin; senapang ~ sj senapang yg berlaras dua; berpengantin 1. menjadi pengantin; 2. merayakan istiadat perkahwinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngan.tin] | ڤڠنتين

Definisi : ; kembang ~ Id sj tumbuhan (pokok renek), Nyctanthes arbortristis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngan.tin] | ڤڠنتين

Definisi : orang yg sedang menjalani istiadat perkahwinan; mempelai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pengantin (kata nama)
Bersinonim dengan mempelai, raja sehari, kemanten.,

Puisi
 

Beras basah mari taburkan,
     Pengantin diarak gelak ketawa;
Puas sudah hamba hiburkan,
     Hati rindu terkenang jua.


Lihat selanjutnya...(13)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
besanggo[b«.sAN.g]kata kerjasinggah sementara untuk rombongan pengantin lelaki sebelum dilangsungkan acara persandingan di rumah pengantin perempuan.Sari semalam angkatan pengantin lelaki besanggo di rumah Mak Kiah sebelom ke rumah pengantin pempuan.[sA.Äi s«.mA.lAm AN.kA.tAn p«.NAn.ten l«.lA.ki b«.sAN.g di  ]Sehari semalam rombongan pengantin lelaki menyinggah sementara di rumah Mak Kiah sebelum menuju ke rumah pengantin perempuan.
cuci[tSu.tSi]kata namahantaran daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan yang hanya mengandungi sejumlah wang hantaran, cincin kahwin dan hadiah berbentuk kelengkapan baju dan lain-lain tanpa barang kemas yang selengkapnya.Kami lebeh suke hantaran lime ribu cuci daripade tige ribu serbe satu.[kA.mi l«.beh su.k« hAn.tA.ÄAn li.m« Äi.bu tSu.tSi dA.Äi.pA.d« Saya lebih suka hantaran lima ribu cuci daripada tiga ribu serba satu.
malam betepok[mA.lAm b«.t«.po/] makan malam berdamai di rumah pengantin perempuan oleh pihak pengantin lelaki bersama rombongan ahli keluarga dan saudara terdekat yang menjadi wakil.Nak kenal sedare baru datangle malam betepok[nA/ k«.nAl s«.dA.Ä« bA.Äu dA.tAN.l« mA.lAm b«.t«.po/]Kalau hendak berkenal-kenalan dengan saudara-mara baru, datanglah pada masa makan malam berdamai pengantin.
serbe bediri[s«r.b« b«.di.Äi] hantaran daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan yang seratus peratus lengkap mulai hujung rambut hingga ke hujung kaki.   
duet pintu[du.wet pin.tu] wang yang diberikan kepada kaum keluarga pengantin perempuan yang membuat adangan di halaman rumah, di depan tangga atau pintu sebagai sekatan kepada pengantin lelaki dalam perjalanannya untuk bersanding dengan pengantin perempuan; tebos pelamin.   
tebos pelamin[t«.bos p«.lA.min] wang yang diberikan kepada beberapa orang wakil pihak pengantin perempuan seperti emak saudara dan lain-lain oleh pihak pengantin lelaki. Aktiviti menebus pintu atau pelamin ini berlaku di depan pintu atau pelamin sebagai ‘sekatan’ kepada pihak pengantin   
sireh gatal[si.Äeh gA.tAl] sireh yang dihiasi untuk dipegang oleh pengantin lelaki di tangan kiri semasa majlis perkahwinan.   
duet lawe[du.wet lA.w«] wang yang dibayar kepada mak andam untuk memesan kerusi pengantin lelaki.Kalau sandeng kat rumah, kite kene siyap duet pintu, kalau kat dewan tak payah le.[kA.lAw sAn.deN kAt Äu.mAh ki.t« k«.n« si.jAp du.wet pin.tu ]Kalau bersanding di rumah, kita kena siap duit pintu, kalau bersanding di dewan, tidak payahlah.
betujai[b«.tu.dZAj]kata adjektifberpusu-pusu.Betujai orang datang nak nengok penganten.[b«.tu.dZAj o.ÄAN dA.tAN nA/ ne.No/ p«.NAn.ten]Berpusu-pusu orang datang untuk menengok pengantin.

Kembali ke atas