lendat | [l«n.dAt] | kata kerja | bersandar sehingga menyebabkan sesuatu yang disandar itu senget, melengkung, atau patah. | Abes patah pokok ubi aku kene lendat lembu. | [A.bes pA.tAh po.ko/ u.bi A.ku k«.n« l«n.dAt l«m.bu] | Habis patah pokok ubi aku disandar dengan kuat oleh lembu. |
lacak | [lA.tSA/] | kata kerja | memijak sesuatu secara berulang-ulang kali oleh manusia atau haiwan yang boleh menyebabkan kerosakan. | Abes sapan batas sayo aku kene lacak lembu. | [A.bes sA.pAn bA.tAs sA.jo A.ku k«.n« lA.tSA/ l«m.bu] | Habis rosak batas sayur aku dipijak-pijak lembu. |
deroh | [d«.Äoh] | kata nama | tanah yang lembut atau berlumpur menyebabkan kaki terbenam apabila dipijak. | Kau lalu kat situ baek-baek, tempat tu deroh. Nanti abes sapan kasut. | [kAw lA.lu kAt si.tu bAe/.bAe/ t«m.pAt tu d«.Äoh nAn.ti A.bes sA.pAn kA.sut] | Engkau lalu di situ baik-baik, tempat itu berlumpur. Nanti habis jahanam kasut. |
angen gadai | [A.Nen gA.dAj] | | angin yang bertiup kencang dan laut yang berombak besar, kadangkala disertai hujan selama 3-4 hari, menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut. Nama angin ini mempunyai hubungan dengan keadaan kehidupan di masa dahulu apabila keluarga nelayan terpaksa bergadai barang kerana nelayan tidak dapat ke laut. | Nampaknye kite tak boleh ke laot, angen gadai kencang. | [nAm.pA/.ø« ki.t« tA/ bo.leh k« lAot A.Nen gA.dAj k«n.tSAN] | Nampaknya kita tak boleh ke laut, angin gadai kencang. |