Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kah.win] | کهوين

Definisi : 1. perikatan yg sah antara lelaki dgn perempuan menjadi suami isteri, nikah; 2. = berkahwin mempunyai isteri (suami), ber­isteri atau bersuami: hal itu sangat melukakan hatinya hingga ia memutuskan tak akan mahu ~; dia sudah ~ dan sekarang tinggal di Kuala Lumpur bersama suaminya; 3. = berkahwin bernikah: dia mahu ~ dgn gadis pilihannya sendiri; 4. bp bersetubuh, ber­jimak; ~ andar kahwin dgn tidak memberi apa-apa (membawa badan sahaja); ~ campuran kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa (agama); ~ gantung nikah gantung; ~ kantor Id per­nikahan yg dijalankan di pejabat pendaftaran, pernikahan awam (tidak di hadapan kadi atau gereja dsb); ~ lari perkahwinan (pernikahan) pasangan lelaki dgn wanita (biasanya suka sama suka) yg dilakukan di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui oleh kaum keluarga: alasannya, pernikahan Hazilimah dgn Mohd. Jidi itu kerana ~ lari dgn meninggalkan wali akrab serta bernikah di Selatan Thailand; ~-mawin a) segala urusan kahwin; b) pertalian keluarga kerana pernikahan; ~ paksa kahwin (perikatan suami isteri) yg berlaku atas pak­saan atau desakan orang lain (tidak dgn se­penuh kerelaan pengantin lelaki atau perem­puan); mengahwini 1. berkahwin dgn, menjadikan isteri (suami): Doris sendiri akan ~ dia, seorang pemuda Timur; kerana kecantikannya inilah, maka datuk saya ~nya; 2. berjimak (bersetubuh) dgn; mengahwinkan 1. menjadikan beristeri (bersuami), menikahkan, memperisterikan (mempersuamikan): akhir tahun ini, ia hendak ~ anaknya; 2. menggabungkan (men­cantumkan, menyatukan) dua unsur dll yg berlainan: beliau cuba ~ Barat dgn Islam dlm satu sistem; perkahwinan 1. perihal berkahwin, perni­kahan: ~ itu berlangsung dgn selamat; 2. pergabungan (perpaduan dsb) antara dua unsur dll yg berlainan: gaya penulisan kewartawanan baru yg merupakan semacam ~ antara dunia fiksyen dgn bukan fiksyen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kah.win] | کهوين

Definisi : kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa atau berlainan agama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kah.win] | کهوين

Definisi : 1 perikatan yg sah antara orang lelaki dgn orang perempuan utk menjadi suami isteri; nikah. 2 = berkahwin mempunyai isteri atau suami; beristeri; bersuami: Anak saya yg bongsu belum ~ lagi kerana dia masih muda. 3 = berkahwin mendirikan rumah tangga; bernikah: Kemudian, gadis itu jatuh cinta pdnya lalu mereka pun ~. 4 bersetubuh; berjimak. 5 percantuman atau penyatuan sel jantan dgn sel betina (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). ~ andar kahwin dgn seseorang dgn tidak mengeluarkan apa-apa belanja. ~ campuran kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa atau berlainan agama. ~ gantung kahwin atau nikah yg sudah sah di sisi agama tetapi kedua-dua suami isteri belum tinggal bersama. mengahwini 1 berkahwin dgn; mengambil sbg isteri atau sbg suami: Dia sanggup ~ gadis itu. 2 bersetubuh dgn. mengahwinkan 1 memberi beristeri atau bersuami; menikahkan: Pd akhir tahun ini, dia hendak ~ anaknya yg bongsu. 2 mencantumkan atau menyatukan sel jantan dgn sel betina (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). perkahwinan perihal berkahwin atau bernikah; pernikahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kahwin
Kata Terbitan : berkahwin,

Puisi
 

Orang menjala ikan belanak,
     Dapat seekor puntang-panting;
Kalau kahwin janda beranak,
     Habis kepala kena kencing.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kawin (kahwin) naik basuh kaki saja.

Bermaksud :

Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik ke rumah bercuti kaki saja).

 

Lihat selanjutnya...(25)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
intermarriagen kahwin campur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dowryn hantaran kahwin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hitch~ a /ride, lift/, (colloq) menumpang; get ~ed, (sl) kahwin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forcedadj 1. enforced, paksa: ~ labour, kerja paksa; ~ marriage, kahwin paksa; 2. strained, unnatural, dibuat-buat, dipaksa-paksa: a ~ laugh, ketawa yg dibuat-buat; his manner was stiff and ~, perilakunya kaku dan dipaksa-paksa; 3. emergency, kecemasan: ~ landing, pendaratan kecemasan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
elopevi 1. run away (with a lover) lari (bersama kekasih): the lovers ~d across the border, pasangan kekasih itu lari menyeberangi sempadan; 2. marry by elopement, kahwin lari: do you know your mother and I ~d?, tahukah kamu bahawa emak dan ayah kahwin lari?.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
god. also ~ out together, spend time together regularly, sering keluar bersama; e. be distributed, diedarkan: I was under the impression the wedding invitations have all ~ne out, saya bertanggapan kad jemputan kahwin telah diedarkan; f. be broadcast, disiarkan; g. cease to be fashionable, tdk lagi menjadi fesyen: bell-bottoms went out years ago, seluar kaki kembang sudah bertahun-tahun tdk lagi menjadi fesyen; h. be out of date, sudah ketinggalan zaman; ~ out and about, ke sana ke mari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deal~ with, a. be about, membincangkan, membicarakan, memperkatakan: the book ~s with all aspects of landscape architecture, buku itu membincangkan segala aspek seni taman; a report ~ing with the dowry system in India, satu laporan yg membincangkan sistem hantaran kahwin di India; b. behave towards, handle, menghadapi; (in a polite, courteous, etc manner) melayani: how to ~ with a drunken husband, bagaimana hendak menghadapi seorang suami yg pemabuk; he ~s politely with customers, dia melayani pelanggan dgn sopan santun; c. tackle, attend to, bertindak thdp, menangani, mengatasi: how would you ~ with such a problem, bagaimana kamu bertindak thdp masalah yg spt itu; d. do business with, berurusan dgn: she no longer ~s with that shop, dia tdk lagi berurusan dgn kedai itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
approvevi 1. think well, /berkenan, suka/ (akan): his father-in-law did not ~ of him, bapa mertuanya tdk berkenan akan dia; I chose this colour; I hope you ~, saya memilih warna ini; saya harap saudara berkenan; 2. express (usu formally) favourable opinion, bersetuju: he does not ~ of intermarriages, dia tdk bersetuju dgn kahwin campur; the police entirely ~ of the measures we have taken, pihak polis bersetuju sepenuhnya dgn langkah-langkah yg telah kami ambil;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
late~ in the day, a. at too advanced a stage, sudah /terlewat, terlambat/: your suggestion came a bit ~ in the day, cadangan kamu itu sudah agak terlambat; b. at a late stage, towards the end, lewat: reinforcement that arrived ~ in the day helped win the battle, bantuan ketenteraan yg tiba lewat membantu mereka menang dlm pertempuran itu; ~ in life, lewat, lambat: she married ~ in life, dia kahwin lewat; as ~ as, sehingga: as ~ as yesterday, he hadn’t made up his mind whether to go or not, sehingga semalam pun dia belum memutuskan sama ada hendak pergi atau tdk; of ~, (sejak) /akhir-akhir, kebelakangan/ ini: he has been very moody of ~, dia kelihatan murung akhir-akhir ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ghostn 1. spirit of dead person, (regarded as benevolent) roh; (regarded as malevolent) hantu: the ~ of Hamlet’s father appeared before him, roh bapa Hamlet menjelma di hadapannya; ~ stories, cerita-cerita hantu; 2. (liter.) faint trace, bayangan: the ~ of a smile, bayangan senyuman; haven’t (got) the ~ of a chance, (colloq) tak ada can langsung: you haven’t the ~ of a chance of marrying her, kamu tak ada can langsung utk kahwin dgn dia; 3. see GHOST-WRITER;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas