Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.kal] | ڤوکل

Definisi : 1. bongkah, gumpal, ketul (emas dll); sepukal segumpal, sebongkah; emas ~ emas sebongkah, emas kimpal, emas tampan; keris ~ a) keris ganja iras; b) keris yg lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yg berlok); taat setia yg ~ taat setia yg tidak berbelah bagi; 2. Kd bernas, tepat; jawabannya ~ jawabannya bernas (tepat); memukal menjadikan pukal (bongkah, gumpal, ketul): ~ emas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.kal] | ڤوکل

Definisi : 1 bongkah; ketul; gumpal (bkn emas dll). 2 dlm kuantiti yg banyak: Minyak kelapa sawit diisikan ke dlm tangki utk dieksport secara ~. 3 tidak berbelah bagi (bkn hati dll): Oleh itu, terimalah pengajaran ilmu pengetahuan itu dgn hati yg tabah dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pukal (kata nama)
1. Dalam konteks emas
bersinonim dengan bongkah, gumpal, ketul,

2. Dalam konteks jawapan
bersinonim dengan bernas, tepat,

3. Dalam konteks bayaran
bersinonim dengan tunai, kontan,
Berantonim dengan ansuran.



Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bulk4. proportions, badan sso (yg) besar: for a man of his ~ he eats very little, bagi lelaki yg badannya besar spt itu, dia makan sedikit saja; ~ buying, pembelian pukal; in ~, a. in large amounts, pukal, secara besar-besaran, dgn kuantiti yg banyak; b. loose, not in package, terurai, tdk berbungkus; the ~ of, the greater part, majority /sebahagian, sejumlah/ besar (drpd): the ~ of the work was done, sebahagian besar drpd kerja itu telah selesai; the ~ of our property, sebahagian besar harta kami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas