Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.lang] | سيلڠ

Definisi : 1. bentuk spt salib (pangkah, palang) yg miring letaknya, bentuk spt tanda darab; 2. = kayu ~ kayu palang, salib; ~ empat simpang empat (jalan); ~ gunting bentuk atau rajah yg bersengkelang; ~ kata sj teka-teki utk mencari perkataan (dgn mengisi huruf-huruf dlm petak-petak yg disediakan); ~ keris bahagian hujung ganja (keris) yg tajam, kepit; ~ pukang tidak tersusun (letaknya), lintang-pukang; ~-seli selang-seli; ~ selimpat kusut tidak menentu, kacau sekali; ~ selisih a) = ~ sengketa tidak sesuai (fikiran, pendapat, dll), bertikaian; b) berlawanan arah, simpang­-menyimpang; ~ berpangkal, kerja berjunjung = ~ ber­pangkal, kerakap berjumpa junjung prb dlm tiap-tiap pekerjaan mestilah ada ketua atau kepalanya supaya selamat; bersilang 1. bersengkelang (spt salib atau tanda darab): kedua-dua kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua tangannya ~ di tepi meja; 2. = silang-menyilang bersimpang-siur (jalan, moto­kar, dll), berpapasan (berselisih) letak atau duduk sesuatu, palang-memalang; ~ selisih berlawanan arah; menyilangkan, mempersilangkan menjadi­kan atau meletakkan bersilang: ia pergi ber­baring di atas tempat tidur sambil ~ kakinya; kedua-dua belah kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan bagai ekor ikan; silang-menyilang bersengkelang letak atau duduknya (pedang, keris, dll), bersimpang­ siur, berpapasan: awan di langit ~; tersilang disilangkan: ia berjalan mundar­-mandir dgn tangan ~ ke belakang; silangan sesuatu yg letaknya (bentuknya dll) bersilang, silang: mereka bersandar pd ~-~ papan yg sedang dikeringkan; persilangan 1. perihal bersilang; 2. tempat pertemuan (jalan raya dll), persimpangan; penyilangan perihal (proses atau perbuatan) menyilang atau menyilangkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lang] | سيلڠ

Definisi : bentuk pangkah spt bentuk tanda campur (+) atau tanda darab (x). ~ empat simpang empat di jalan-jalan. ~ kata teka-teki utk mengisikan huruf-huruf tertentu di dlm petak-petak yg di­sediakan. bersilang yg satu melin­tangi yg lain keadaannya; berbentuk spt bentuk tanda campur atau tanda darab: Dia memakai lencana dua bilah keris ~. me­nyilang memotong yg lain (bkn garis, jalan dsb). silang-menyilang berselisih atau berpapasan letaknya; palang-me­malang; bersimpang-siur (bkn jalan, ken­deraan dll). menyilangi (bkn garisan) me­­lin­tasi atau memotong garisan lain. me­nyi­langkan meletak­kan atau menyusun bersilang: Dia berbaring di atas katil sambil ~ tangan ke dada. persilangan 1 keadaan atau hal bersilang. 2 tempat pertemuan dua jalan raya atau lebih; per­simpangan. penyi­langan perbuatan, proses dsb menyilangi atau menyi­langkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silang
Kata Terbitan : bersilang, menyilangkan, persilangan,

Puisi
 

Ari-ari di balik rumah,
     Akarnya bersilang-silang;
Anak dara duduk di rumah,
     Janda juga dengan terbilang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Silang berpangkal kerakap berjumpa junjung.

Bermaksud :

Dalam tiap-tiap pekerjaan mestilah ada yang dituakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Silang berpangkal, kerja berjunjung).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
criss-crossvt 1. make crossed lines on, membuat garis silang-menyilang pd; (by putting strips of pastry, paper, etc on) membubuh [n] silang-menyilang pd: to ~ the pastry with a sharp knife, membuat garis silang-menyilang pd pastri dgn pisau tajam; she ~ed the tarts with strips of pastry, dia membubuh jalur-jalur pastri silang-menyilang pd tat; 2. form a criss-cross pattern over, silang-menyilang di: telegraph wires ~ed the area, dawai telegraf silang-menyilang di kawasan itu; darts of lightning ~ed the sky, panah kilat silang-menyilang di langit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cross-currentn 1. arus silang; 2. (fig.) aliran silang-menyilang: political ~s, aliran silang-menyilang politik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
criss-crossvi silang-menyilang: the lines of soldiers ~ed over the barrack square, barisan askar silang-menyilang di tanah lapang berek; footprints ~ed in the snow, jejak-jejak kaki silang-menyilang di atas salji;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cross-culturaladj silang budaya: a ~ survey, kajian silang budaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cross-checkvt menyemak silang: he ~ ed the figures, dia menyemak silang angka-angka itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
criss-crossn silang-menyilang: a ~ of footpaths, lorong jalan kaki yg silang-menyilang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
criss-crossadj silang-menyilang: a ~ pattern of lines, corak garis yg silang-menyilang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intersectvi cross one another, bersilang; (of road) bersilang-silang: the two lines ~ at right angles, dua garisan itu bersilang dan membentuk sudut tepat; the roads ~ at the junction, jalan-jalan itu bersilang-silang di persimpangan tersebut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crossbown busur silang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crossword (puzzle)n (teka) silang kata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas