Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di-

Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Di dalam kendi berisi bunga;
Gilalah mabuk kerana budi,
     Di dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Di mana api padam,
     di situlah (= di sanalah) puntung tercampak;
di mana periuk pecah,
     di situlah tembikar tinggal.

Bermaksud :

Di mana mati di situlah dikuburkan.

 

Lihat selanjutnya...(734)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
batu nautikanautical mileUnit ukuran bagi jarak perjalanan di laut dan di udara berdasarkan lilitan bumi. 1 batu nautika = 1852 meter (6080 kaki). Lihat rajahMenengah Atas
kurang daripadaless thanNombor di sebelah kiri simbol mempunyai nilai yang kurang daripada nilai di sebelah kanan. Simbolnya ialah <. Contohnya, 7 < 8 bermaksud 7 kurang daripada 8.Menengah Atas
kurang daripada atau sama denganless than or equal toNombor di sebelah kiri mempunyai nilai yang kurang daripada atau sama dengan nilai di sebelah kanan. Simbolnya ialah ≤. Contohnya, a ≤ 5 bermaksud a boleh terdiri daripada sebarang nombor yang kurang daripada 5 ataupun sama dengan nombor 5 itu sendiri.Menengah Atas
sudut pedalamaninterior angle1. Sudut yang terbentuk oleh dua sisi bersebelahan di dalam sesuatu poligon. 2. Sudut yang terbentuk oleh rentasan lintang bagi dua garis, dan terletak di antara kedua-dua garis berkenaan. Lihat ContohMenengah Rendah
sudut pedalamaninterior angle1. Sudut yang terbentuk oleh dua sisi bersebelahan di dalam satu poligon. Lihat contoh 2. Sudut yang terbentuk oleh rentasan lintang bagi dua garis, dan terletak di pedalaman kedua-dua garis berkenaan. Lihat ContohMenengah Atas
sudutangleRuang di antara dua garis lurus yang berpunca dari titik yang sama. Sudut diukur dalam unit darjah (°) Lihat ContohMenengah Rendah
medianmedianNilai di tengah-tengah bagi satu set data yang disusun mengikut tertib. Contohnya, bagi set data 3, 4, 5, 8, 9, median = 5.Menengah Rendah
surihtraceMelukis di atas garis imej atau menyalin pada kertas jarang. Lihat ContohSekolah Rendah
jengkalhandspanJarak di antara hujung ibu jari dengan hujung jari yang lain dalam keadaan diregangkan sepenuhnya. Lihat ContohSekolah Rendah
jarakdistanceUkuran panjang di antara dua titik atau objek. Lihat ContohSekolah Rendah
1234567

Kembali ke atas