Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. uneasiness, kebimbangan, kerisauan, kecemasan, kekhuatiran: to wait with ~, menunggu dlm kebimbangan; news that might help relieve his ~, berita yg mungkin menolong melegakan kerisauannya; 2. earnest desire, hasrat, keinginan: ~ for promotion, hasrat utk naik pangkat; ~ to fulfil so’s wishes, hasrat utk memenuhi kehendak sso; 3. instance of feeling uneasy, worried, kebimbangan, kerisauan, kecemasan, kekhuatiran: to be plagued with anxieties, dihantui oleh kebimbangan; 4. (psychol) kerisauan, kebimbangan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anxiety


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang tuan/puan, Saya ingin menterjemahkan anxiety, depression and stress dalam bahasa melayu. Saya perlu istilah-istilah ini untuk tajuk thesis saya. Anxiety = kerisauan atau kebimbangan ? Depression = kemurungan stress = tekanan atau stress? Adakah translation saya betul? Terima kasih. Miss WongDalam data kami, anxiety mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang yang berlainan. Antaranya ialah keresahan, kebimbangan dan kerisauan. Puan boleh merujuk anxiety">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=anxiety untuk mendapatkan padanan yang menepati bidang yang  puan kehendaki.

Manakala padanan bahasa Melayu bagi depression pula ialah kemurungan, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=depression .
Penyemakan dan penterjemahan27.11.2014
Selamat petang Tuan/ Puan Mohon kepastian translasi untuk perkataan berikut: 1) Techno-anxiety - kebimbangan terhadap teknologi/ kebimbangan teknologi - kerisauan terhadap teknologi/ kerisauan teknologi Mana satu translasi adalah bersesuaian?Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk techno-anxiety ialah kebimbangan teknologi. Dalam data Istilah Bahasa Melayu (PRPM), perkataan anxiety boleh diterjemah kepada kebimbangan, kerisauan dan keresahan. Walau bagaimanapun, perkataan kebimbangan lebih banyak digunakan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=anxiety&d=28648&#LIHATSINI
Istilah31.03.2021
kata lain yang bersesuaian dengan kata bahasa Inggeris mathematics Anxiety.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah mathematics anxiety ialah keresahan matematik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah21.05.2023
Saya ingin bertanya berkaitan beberapa perkataan yang ingin saya terjemahkan kepada bahasa Melayu dan ingin mendapatkan pendapat sama ada ia betul atau salah. 1) Dilated pupil- mata membeliak 2) Anxiety- gelisah 3) alert- keadaan berjaga-jaga atau tahu tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling 4) level of consciousness- tahap kesedaran 5) delirium- keracauan 6) fidgeteness- tak tahu duduk diam 7) withdrawal symtpoms- sakit gian dadah 8)attentive- dapat tumpukan perhatian 9)gone into hiding- dah larikan diri 10)mild anxiety- sedikit kegelisahan 11) slight resistance- tidak berapa setuju Sekian. Terima Kasih atas bantuan yang diberikan. Semoga Allah membalas jasa baik tuan/puan.Berikut merupakan terjemahan yang betul:

1) Dilated pupil: Pupil terdilat/terbeliak
2) Anxiety: Kebimbangan, kerisauan, kecemasan, kekhuatiran 
3) Alert: Memberitahu supaya bersiap-sedia, meyedarkan 
4) Level of consciousness: Tahap kesedaran
5) Delirium: Racauan, keadaan terlampau seronok 
6) Fidgeteness: Gelisah, resah
7) Withdrawal symtpoms: Simptom-simptom penarikan
8) Attentive: Memberikan perhatian penuh
9) Gone into hiding: Sudah pergi menyembunyikan diri
10)Mild anxiety: Kebimbangan, keresahan ringan
11)Slight resistance: Rintangan ringan, daya tahan lemah

Padanan kata yang diberikan bersifat umum. Padanan kata lebih tepat apabila diberikan konteks mengikut kesesuaian ayat.
Makna08.06.2018
Salam Sejahtera, bolehkah pihak DBP membantu dengan senarai penterjemahan untuk penyakit2 mental seperti depression (kemurungan) dll? Apakah penterjemahan yang sesuai untuk istilah-istilah medikal berikut? Anxiety (Keresahan?) Panic Attack Obsessive Compulsive Disorder Bipolar Disorder Eating Disorder Emotional and Behavioural Disorder Schizophrenia (Skizofrenia?) Ribuan terima kasih. WassalamBerikut adalah padanan istilah yang dinyatakan di atas dan boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan:
  1. Anxiety: Keresahan
  2. Panic attack: Serangan panik
  3. Obsessive-compulsive disorder: Kecelaruan obsesif-kompulsif
  4. Bipolar disorder: Kecelaruan rasa hati
  5. Eating disorder: Gangguan makan
  6. Emotional and Behavioural Disorder: Kecelaruan emosi dan tingkah laku
  7. Schizophrenia: Skizofrenia
Untuk makluman puan, istilah ini boleh didapati melalui carian pada laman web https://prpm.dbp.gov.my/
Istilah19.02.2021
sila nyatakan maksud perkataan anzietiTidak ada perkataan anzieti dalam sumber rujukan kami. Jika yang dimaksudkan ialah anxiety, terjemahan dalam bahasa Melayu ialah kebimbangan atau kerisauan.Makna06.06.2012
Salam hormat, Apakah maksud yang sesuai bagi Operationazation dalam ayat berikut? Operationalization means turning abstract concepts into measurable observations. Although some concepts, like height or age, are easily measured, others, like spirituality or anxiety, are not.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

operationalization - operasionalisasi; pengoperasian

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain28.06.2021

Kembali ke atas