Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mempunyai budi pe­kerti yg mulia: dia jujur dan ~ tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hemah (kata nama)
Bersinonim dengan budi pekerti, kesopanan, kesantunan, sopan-santun, adab, ketertiban;,
Kata Terbitan : berhemah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Amalan/Nilai berhemah tinggi/hemah tinggi harus kita amalkan. Dlm ayat tersebut, frasa berhemah tinggi betul atau hemah tinggi betul?Frasa yang betul untuk ayat yang dikemukakan ialah berhemah tinggi.Tatabahasa01.01.2015
bola sepak, bola jaring ialah kata majmuk atau sekadar frasa nama? nilai berhemah tinggi atau nilai hemah tinggi? nilai hormat-menghormati atau nilai menghormati?Bola sepak dan bola jaring ialah kata majmuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa yang betul ialah nilai berhemah tinggi dan nilai hormat- menghormati.Tatabahasa17.02.2011
Apa perbezaan antara ayat berikut: "baik hati" dan "murah hati", "belas kasihan" dan "bertimbang rasa", "Berhemah Tinggi" dan "Kesopanan", "Kejujuran" dan "Amanah", "Kecekalan" dan "Kerajinan", "Persaudaraan" dan "Kemasyarakatan"?. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dinyatakan takrifan perkataan yang berikut:  "baik hati" =  suka menolong, mudah simpati dan pengasih,  "murah hati" = a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang, "belas kasihan" = perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang,   "bertimbang rasa" =menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. "Berhemah Tinggi" = mempunyai budi pekerti yg mulia,  "Kesopanan" = 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban. "Kejujuran"  = perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. "Amanah" =1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta.  "Kecekalan" =  ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati.  "Kerajinan" = 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin).  "Persaudaraan"  = perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum.  "Kemasyarakatan" =keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi.Istilah07.11.2010
Salam sejahtera. Soalan : Sebagai ketua darjah yang bertanggungjawab dan berhemah tinggi, ______ sangat dihormati . A dia B kita. C beliau D mereka. Jawapan yang betul ialah A atau C? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah A.Tatabahasa07.02.2014
nilai hemah tinggi atau nilai berhemah tinggiSoalan terlalu umum.  Sila sertakan contoh ayat yang lengkap yang menggunakan perkataan tersebut agar mudah kami melihat dari aspek konteks ayat.Lain-lain30.09.2014
Mohon unruk rujukan dan Pembetulan "USAHAWAN PUTATAN SEPAKAT KE ERA KEMAJUAN, BERKHIDMAH TINGGI DAN BERMOTIVASI"USAHAWAN PUTATAN SEPAKAT KE ERA KEMAJUAN, BERHEMAH TINGGI DAN BERMOTIVASILain-lain18.03.2019
a. saya keliru dengan penggunaan perkataan "berhemah" dengan "berhemat". 1. Apa beza antara kedua-duanya. 2. Boleh beri contoh ayat yang sesuai ? b. ada khabar angin mengatakan kamus dewan edisi 4 tidak "valid". Betulkah ?

Sekiranya sdr merujuk Kamus Dewan, kata berhemah membawa maksud seseorang yang  mempunyai budi pekerti yang mulia: Contoh ayat; dia jujur dan berhemah tinggi.

Manakala kata berhemat menggambarkan sikap seseorang yang berjimat cermat dalam perbelanjaan atau penyimpanan wangnya. 1. berjimat, bercermat: sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang; 2. berhati-hati, teliti: amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb perlu berikhtiar dgn sungguh-sungguh supaya tidak menyesal pada kemudian hari.

Berkaitan dengan khabar angin yang mengatakan Kamus Dewan Edisi keempat tidak sah (valid) kurang tepat. Hal ini demikian, kerana  Kamus Dewan ini menjadi rujukan umum pengguna bahasa dan mendapat permintaan yang sungguh menggalakkan daripada pengguna bahasa. Untuk makluman pihak tuan, Kamus Dewan juga  diterbitkan dalam bentuk digital (cakera padat), iaitu Kamus Dewan Eja Pro. Walau bagaimanapun, kami merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap Kamus Dewan Edisi Keempat ini. DBP sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan, maklum balas, dan komen daripada pengguna terhadap produk DBP untuk tindakan penambahbaikan. 

Tatabahasa11.06.2009
Apakah maksud modal insan?Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.Lain-lain19.11.2007
maksud guru penjana modal insan cemerlangModal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di atas.Lain-lain11.06.2008
apakah maksud MODAL INSAN secara keseluruhannyaModal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.Lain-lain16.11.2007
12

Kembali ke atas