Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.pa] | بروڤا

Definisi : 1. ada rupanya yg boleh dilihat (nyata, kelihatan), wujud: roh ialah suatu kejadian Allah yg tidak ~; 2. rupanya, bentuk­nya (bangunnya) sbg: lambang ne­gara­­nya ~ sebuah bintang berbucu tiga belas; 3. terjadi drpd, terdiri drpd: memberi bantuan yg ~ mata benda; 4. elok rupanya, cantik: bakal isterinya itu hendaklah orang yg berbangsa dan ~; 5. dlm keadaan (bentuk): undang-undang yg diluluskan oleh mereka itu biasanya ~ rangka yg me­ngandungi dasar undang-undang yg kasar sahaja; 6. ber­kelakuan, berperangai: orang yg sistem saraf­nya terganggu itu ~ spt orang mabuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.pa] | بروڤا

Definisi : 1 ada rupanya; berwujud: Roh dpt berfikir dan berperasaan tetapi tidak ~. 2 berbentuk sbg: Lambang persatuan itu ~ bulan sabit merah. 3 terdiri atau terjadi drpd; dlm bentuk: Bantuan ~ wang dan makanan telah diberikan kpd mangsa-mangsa banjir itu. 4 elok rupanya; cantik: Gadis yg berada, berpelajaran dan ~ sukar dicari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Surabaya berupa-rupa,
     Sapu tangan jatuh ke lumpur;
Hendak kulupa tak dapat lupa,
     Lupa sebentar di waktu tidur.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(1) Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa 'amak berlela, amak berupa' mendukung maksud banyak tabiat, banyak olehnya. Adakah 'oleh' dalam konteks ini bermaksud 'benda/keuntungan yang diperoleh'? (2) Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, peribahasa ini pula bermaksud berbagai-bagai gaya dan rupa. Adakah maksud ini sama dengan maksud di {(1)}? Adakah peribahasa ini mempunyai dua maksud? (3) Dalam konteks apa peribahasa ini digunakan? Bolehkah satu ayat contoh dibina bagi peribahasa ini?

Berdasarkan semakan versi bercetak bagi Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, amak berlela, amak berupa bermaksud banyak tabiat, banyak olahnya bukan banyak olehnya. Maksud dalam Kamus Peribahasa adalah hampir sama dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu berbagai-bagai gaya dan rupa.

Contoh ayat:

Warga kota amak berlela, amak berupa semasa mengunjungi Dataran Merdeka bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.

Pihak kami akan membetulkan maksud dalam prpm agar tiada kekeliruan timbul. Kami menghargai pertanyaan pihak tuan dan didahului ucapan terima kasih.

Tatabahasa30.08.2020
bagaimana saya mahu menghantar karya2 saya...

Terima kasih atas pertanyaan sdr. Karya sdr berupa sajak/puisi, cerpen, rencana, esei dan kritikan sastera serta drama bolehlah dihantar ke pelbagai majalah terbitan DBP seperti majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Tunas Cipta, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Pelita Bahasa dan Dewan Masyarakat. Alamatkan kiriman karya tersebut kepada Editor (mengikut nama majalah yang berkenaan - pilihan sdr), Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur .

Karya berupa buku sastera (antologi/kumpulan puisi, cerpen, novel, drama, esei dan kritikan) bolehlah dihantar ke alamat: Ketua Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

Sekianlah dimaklumkan.

Lain-lain04.08.2010
damarbahan berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokokMakna22.12.2008
Setiap ayat yang berupa soalan, selepas tanda soal ? perlu lagi kita meletakkan tanda ( . ) atau tidak perlu. CONTOH. Awak berasal daripada mana?. Harap mendapat jawapan. terima kasih.Tidak perlu ada tanda noktah selepas tanda soal.Lain-lain26.12.2008
bagaimana saya mahu menghantar karya berupa cerpen dan puisi ke Dewan Siswa?Sila berhubung dengan Ketua Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain24.12.2009
PerumpamaanPerumpamaan ialah peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain (umumnya mengandungi ajaran). Contoh : Bagai aur dengan tebing.Makna06.10.2008
Apakah penjodoh bilangan bagi makhluk asing yang berupa seperti manusia. 1.sebagai contoh makhluk asing kree atau kripton, mereka memiliki rupa paras seakan manusia, adakah boleh digunakan penjodoh bilangan seorang? sebagai contoh, seorang lelaki kree/kripton telah masuk melalui pintu automatik. 2. Bagaimana pula dengan makhluk separa binatang, contohnya Son Goku, makhluk saiyan di dalam komik dragon ball, dia separa monyet, bolehkah digunakan penjodoh bilangan seorang pada makhluk saiyan itu?

Untuk makluman, perkataan makhluk asing  tidak memerlukan penjodoh bilangan kerana tidak ada penjodoh bilangan yang khusus untuk makhluk asing. Penggunaan tanpa penjodoh bilangan tidak salah digunakan.

Tatabahasa16.03.2020
Dalam bahasa Inggeris terdapat tanda "dash"(---) yang berupa seperti tanda sempang(-) tetapi lebih panjang sikit. Menurut wikipedia bahasa Indonesia, ia dikenali sebagai "tanda pisah" yang fungsinya berbeza dengan tanda sempang. Soalanya, adakah tanda baca ini wujud dalam bahasa Melayu? Sekirannya ia wujud, apakah namanya?Dalam buku Gaya Dewan, tanda baca tersebut ialah Tanda Pisah yang berfungsi memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau sesuatu siri idea dan menggantikan perkataan hingga. 
Ejaan11.06.2012
Saya ingin meghantar karya, bagaimana caranya?

Assalamualaikum wbk. Ada dua cara untuk menghantar karya sastera iaitu:

1.   Karya berupa sajak/puisi, cerpen, rencana, drama, esei dan kritikan bolehlah dihantar ke alamat:

      Ketua Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803,

      50926 KualaLumpur. 

2.   Karya berupa buku sastera (antologi/kumpulan puisi, cerpen, novel, drama, esei dan 

      kritikan) bolehlah dihantar  ke alamat: Ketua Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa

     dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih dan wassalam.

Lain-lain02.08.2010
maksud perkataan INSENTIF dan GANJARANInsentif bermaksud sesuatu (yang berupa kebendaan atau tidak) yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan, manakala ganjaran bermaksud hadiah untuk perbuatan baik dan balasan bagi perbuatan jahat.Makna26.09.2012
123456789

Kembali ke atas