Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di-

Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Di dalam kendi berisi bunga;
Gilalah mabuk kerana budi,
     Di dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Di mana api padam,
     di situlah (= di sanalah) puntung tercampak;
di mana periuk pecah,
     di situlah tembikar tinggal.

Bermaksud :

Di mana mati di situlah dikuburkan.

 

Lihat selanjutnya...(734)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Bolehkah saya mendapatkan penjelasan daripada pihak tuan/puan berkenaan entri di-.. & di-...-kan yang tiada di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan PRPM? Pada pendapat saya, entri yang bermula dengan imbuhan tersebut perlu diletakkan supaya tidak berlaku kekeliruan dalam kalangan pengguna. Dan dari situ, pengguna boleh memahami ayat yang sesuai untuk menggunakan perkataan berimbuhan seperti tersebut. Golongan seperti kami editor bahagian pendidikan mendapati agak sukar untuk merujuk dan agak keliru sama ada perkataan itu betul/diterima pakai ataupun tidak. Maksud saya, contohnya perkataan itu hanya boleh menerima salah satu daripada bentuk imbuhan tersebut atau kedua-duanya dan dalam ayat yang bagaimana perkataan itu boleh digunakan. Terima kasih.Kamus Dewan tidak merakamkan bentuk awalan di- dan diper- kerana kedua-duanya bentuk pasif bagi awalan meN- dan memper-. Jika ada bentuk awalan meN- seperti membuat, maka bentuk pasifnya ialah dibuat dan jika ada bentuk awalan memper- seperti memperbaik, maka bentuk pasifnya ialah diperbaik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 175 dan 181.Tatabahasa03.05.2013
1. menabung di dalam bank / menabung di bank / menabung dalam bank 2. simpanan di dalam bank / simpanan di bank / simpanan dalam bank Yang manakah di atas adalah betul? Terima kasih.Frasa yang tepat ialah menabung di bank dan simpanan di bank.Tatabahasa15.07.2013
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bantal ini sangat lembut. 2. Obor / Api obor itu telah padam. 3. Abang sedang membancuh warna di / di dalam palet. 4. Singa itu dikurung dalam / di dalam sangkar. Terima kasih.1. Betul 2. Obor itu telah padam 3. Abang sedang membancuh warna di dalam palet 4. Singa itu terkurung di dalam sangkarTatabahasa29.12.2012
Adakah perkataan "di mana" boleh digunakan selain untuk pertanyaan. Bagaimana pula dengan kenyataan "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan."Perkataan "Di mana" hanya digunakan sebagai kata tanya.  Bagi frasa "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan", penggunaan "di mana" digunakan kerana frasa tersebut merupakan peribahasa dan ungkapan Melayu  yang telah lama, mantap dan lazim digunakan.Tatabahasa29.08.2013
bagaimanakah perbezaan antara penggunaan dalam dan di dalam?Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.Tatabahasa09.09.2013
Pak Seman tinggal bersama isterinya di teratak using di Kampung Hulu. A bersama-sama dengan isterinya di rumah usang B dengan isterinya di teratak lama C bersama isteri di teratak usang D bersama isterinya di teratak usang (munsyi, apakah jawaban yang lebih sesuai digunakan? TK)Jawapan yang adalah bersama-sama isterinya di teratak usang.Tatabahasa06.03.2013
di dinding atau pada dinding ? di aras atau pada aras? di perlawanan akhir atau pada perlawanan akhir ?Frasa yang betul ialah ... di dinding, ...di bawah aras,... pada perlawanan akhir.Tatabahasa31.03.2013
a) Siti suka minum kopi di rumah. b) Siti suka minum kopi di kafe. (atau) Ayat majmuk: 1. Siti suka minum kopi di rumah atau di kafe. 2. Siti suka minum kopi di rumah atau kafe. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Siti suka minum kopi di rumah atau di kafe?"

Dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau, kata sendi nama pada unsur kedua, secara pilihan, boleh digugurkan. Bagaimanapun, kata sendi nama pada unsur yang kedua tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke dan ke.
Tatabahasa09.10.2013
Salam, bolehkah menggunakan frasa " di kalangan"? Contohnya "di kalangan masyarakat" . Sekiranya tidak boleh, berikan sedikit panduan. Terima kasih .Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat. Sementara kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak'. Oleh itu, frasa yang betul ialah dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa16.04.2013
Assalamualaikum. Penggunaan "di" dan "dalam" Kalau kalangan kita gunakan dalam kalangan, kalau pertingkat atau tahap, yang paling sesuai "di" atau "kalangan"? Terima kasih.Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata atau frasa nama yang menunjukkan tempat, contohnya Saya tinggal di Kuala Lumpur. Kata sendi nama "dalam" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jaraak, contohnya  Penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.Tatabahasa15.02.2013
12345678910...

Kembali ke atas