Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : at all ~s, in any ~, in spite of everything, anyway, bagaimanapun; in that ~, jika itu berlaku; in the ~, in fact, as it happened, malahan: in the ~, the problem didn’t arise, malahan, masalah itu tdk timbul; in the ~ of, /sekiranya, jika, kalau/ berlaku: in the ~ of fire, the children could leave the building through the rear door, sekiranya berlaku kebakaran, kanak-kanak itu boleh meninggalkan bangunan melalui pintu belakang;in the ~ that, /sekiranya, jika, kalau/: in the ~ that they turn you down let me know, sekiranya mereka menolak permohonanmu, beritahu saya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. happening, peristiwa: the principal ~s of 1987, peristiwa-peristiwa utama dlm tahun 1987; 2. (sport) item in programme, acara; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata event


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penterjemahan yang baik untuk frasa-frasa berikut: (a) wind farm (b) signature event (istilah industri pengiklanan) A signature event is an event whose brand recognition in the market is equal to or greater than the brand recognition of its sponsoring organization. Also, an event whose "production values" carry the "genetics" of the sponsoring organization's mission. "Signature event" is a term encountered, most frequently, in the nonprofit sector to describe an organization's major fundraising event(s).

Puan Suhana,

Saya harap Puan dapat berikan konteks penggunaan bagi perkataan wind farm kerana jika diterjemahkan secara terus ia menjadi pertanian bantuan angin atau kawasan yang terdapat banyak tiupan angin. Manakala bagi perkataan signature  even boleh diterjemahkan sebagi acara penganugerahan/pengiktirafan. Saya harap Puan cuba dulu padankan dengan ayat yang menerangkan perkataan tersebut dan jika sekiranya masih ragu-ragu sila hubungi saya semula supaya kita dapat berbincang.

Makna14.06.2010
Apakah terjemahan sesuai bagi superspreading event dan superspreader. A super spreading event is an event in which an infectious disease is spread much more than usual, while an unusually contagious organism infected with a disease is known as a super spreader. Penerangan di atas bagi definisi superspreader.Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

superspreader - perebak utama
superpreading event - acara perebakan utama

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain06.06.2021
apakah perkataan BM bagi event management ?Padanan event management dalam bahasa Melayu ialah pengurusan acara. Terima kasih.Istilah07.02.2009
We are event organisers and in the midst of organising our Safety Workshop, Behaviorial Based Safety in Bahasa Malaysia. I would appeciate it if you could help me translate this little 'Behaviorial Based Safety" to Bahasa Malaysia.I was thinking "Adab Keselamatan" but not very certain.Behaviorial Based Safety behaviorial iaitu kelakaran, tingkah laku, perilaku. based iaitu berasaskan, berdasarkan. Adab- menners, etiquette safety iaitu keselamatanMakna05.10.2012
Sesebuah majlis akan diurustadbirkan oleh event manager manakala beliau juga akan dibantu oleh floor manager. Perkataan ini sudah biasa kita gunakan. Apakah perkataan yang paling sesuai bagi menggantikan kedua-dua perkataan bahasa inggeris itu? event manager & floor manager? Terima kasih.
Istilah yang digunakan dalam bahasa Melayu ialah:

1. Event Manager = Pengurus Acara
2. Floor Manager = Pengurus Pentas

Terima kasih.
Istilah07.09.2017
"salam dbp, selain daripada acara ilmu tersirat apakah perkataan bahasa malaysia yang boleh digunakan bagi perkataan ini " Tacit Knowledge Event""Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "tacit knowledge event" dalam pangkalan data kami. Sealain "tersirat", terdapat beberapa padanan bahasa Melayu yang lain untuk "tacit", iaitu termaklum, tasit, diam, pendam dan senyap. Perkataan lain untuk "event" ialah peristiwa, kejadian dan kegiatan. Oleh itu, pemilihan perkataan yang sesuai bergantung pada konteks penggunaan.Istilah12.12.2013
Apakah ayat / istilah yang betul bagi ayat "flattening the curve" dan "black swan event"?Terjemahan yang sesuai bagi 'flattening the curve' ialah landai lekuk manakala black swan event ialah peristiwa tidak dijangkaMakna27.07.2020
Ini banner yang kami ingin gunakakan untuk event karnival usahawan. ada sebarang komen?Pembetulan:
1. PASAR RAYA
2. Simbol & hendaklah ditulis DAN
3. HOTLINE ditukar kepada TALIAN UTAMA
4. "MOH LE KITA"
Setelah dibuat pembetulan, kemukakan kepada "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk permohonan iklan.
Tatabahasa11.09.2015
Adakah terjemahan ini betul? "Conference Marketing" --> Pemasaran Persidangan Dalam pemasaran acara (event marketing), ada syarikat yang menyertai 'tradeshow', ada yang mengadakan persidangan (conference) sebagai satu strategi pemasaran yang ditujukan kepada pengguna atau sasaran populasi. Jadi model pemasaran yang menggunakan persidangan sebagai pengantara disebut "Conference marketing".Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk perkataan "conference marketing" iaitu pemasaran persidangan sesuai mengikut konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang yang dinyatakan. Makna30.09.2022
Selamat pagi..saya seorang consultant..saya nk hantar softcopy bunting dan banner untuk event saya bagi tujuan pengesahan oleh pihak dbp bagaimana?? Adakah dengan masukkan fail dibawah ini..Untuk pengesahan bahasa, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan sertakan visual iklan tersebut.Lain-lain30.08.2014
123

Kembali ke atas