saya ingin mendapatkan makna istilah yang tepat dalam bahasa malaysia tentang: 1. i-pad 2. e-book 3. touch screen mobile phone 4. GPS (global positioning system) 5. PDA (personal digital assistant) 6. digital photo frame terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. i-pad - i-pad 2. e-book - e-buku 3. touch screen mobile phone - telefon bimbit skrin sentuh 4. GPS (global positioning system) - sistem kedudukan sejagat (GPS) 5. PDA (personal digital assistant) - pembantu digital peribadi (PDA) 6. digital photo frame - bingkai gambar digital | Istilah | 16.05.2012 |
Assalamualaikum. Berkenaan dengan istilah-istilah Teknologi Maklumat: (1) Apakah istilah setara untuk "drop-down menu" dan "drop-down list"? (2) Apakah istilah setara untuk "search field"? Terima kasih. Rujukan: http://ubuntudigest.blogspot.com/2012/07/creating-polaroid-frame-using-inkscape.html | Untuk makluman, istilah yang dikemukakan tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. drop-down menu - menu ke bawah 2. drop-down list - senarai ke bawah 3. search field - medan gelintar | Istilah | 17.04.2013 |
Saya Mahmud Awae sebagai pelajar jurusan Bahasa Melayu. Universiti Islam Yala. Ingin tanya. Bagaimana pemahaman Kata Nafi Dan Kata Perintah dalam Bahasa Melayu. Terima kasih |
frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); -webkit-text-size-adjust: auto; "> frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); -webkit-text-size-adjust: none; background-color: rgba(255, 255, 255, 0); font-family: verdana, arial, helvetica, sans-serif; ">Kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan hadir sekali sahaja dalam suatu ayat, seperti Jangan buang sampah di sini dan Harap jelaskan hutangmu secepat mungkin. |
frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); -webkit-text-size-adjust: auto; "> frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); -webkit-text-size-adjust: none; background-color: rgba(255, 255, 255, 0); font-family: verdana, arial, helvetica, sans-serif; ">Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu "bukan" dan "tidak". Kata nafi "bukan" boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama. MIsalnya: "Buku itu bukan untuk dia". "Dia bukan dari Ipoh". Baju itu bukan miliknya. Kata nafi "tidak" pula menafikan frasa kerja dan frasa adjektif, misalnya: "Dia tidak datang semalam"; "Bapa saya tidak kuat lagi" Tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk selanjutnya. | | Tatabahasa | 14.11.2013 |
Dayang yang bercakap dengan raja dikehendaki guna "patik" atau "hamba"? | frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); -webkit-text-size-adjust: auto; "> frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); -webkit-text-size-adjust: none; background-color: rgba(255, 255, 255, 0); font-family: verdana, arial, helvetica, sans-serif; ">Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. | | Tatabahasa | 26.11.2013 |
Sama ada "guru besar" dikehendaki tulis dalam huruf besar? Terima kasih | frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); -webkit-text-size-adjust: auto; "> frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); -webkit-text-size-adjust: none; background-color: rgba(255, 255, 255, 0); font-family: verdana, arial, helvetica, sans-serif; ">Jika digunakan secara umum, ejaan menggunakan huruf kecil. Misalnya, Hadiah itu disampaikan oleh guru besar. Manakala ' Guru Besar' digunakan merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri perlu menggunakan huruf besar. | | Ejaan | 08.11.2013 |
Jam di dinding. Jam pada dinding. Mana satu yang betul. | frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); -webkit-text-size-adjust: auto; "> frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); -webkit-text-size-adjust: none; background-color: rgba(255, 255, 255, 0); font-family: verdana, arial, helvetica, sans-serif; ">Salam sejahtera.... Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, waktu, masa atau zaman. Manakala kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Jadi, jawapan yang tepat ialah Jam pada dinding. | | Tatabahasa | 04.12.2012 |
apakah yang dimaksudkan dengan "nadir bumi" | Nadir Bumi ialah siri Lantanid iaitu siri lima belas unsur logam nadir yang bermula dengan lantanum dan berakhir dengan lutetium.
Sila layari frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); ">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nadir+bumi... frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); ">
| Tatabahasa | 12.01.2013 |
Apakah panduan yang boleh kita ikut bagi memastikan sesuatu perkataan itu ditulis secara jarak atau rapat. Misalnya dikenalpasti atau dikenal pasti, berkuatkuasa atau berkuat kuasa, kemas kini atau kemaskini dan sebagainya. Terima kasih. | frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); -webkit-text-size-adjust: auto; "> frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); -webkit-text-size-adjust: none; background-color: rgba(255, 255, 255, 0); font-family: verdana, arial, helvetica, sans-serif; ">Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa dan kemas kini. Apabila menerima awalan atau akhiran kata majmuk masih deja dua perkataan seperti berkuat kuasa dan dikemas kini. Namun apabila kata majmuk menerima apitan sama ada apitan ke-...-an atau pe-...-an barulah dieja satu perkataan seperti dikuatkuasakan dan pengemaskinian. | | Ejaan | 08.11.2013 |
1.apabila dayang bercakap dengan permaisuri, apakah panggilan untuk diri dayang? adakah "patik" atau "hamba"? 2. Rakyat biasa bercakap dengan sultan , panggilannya " hamba" untuk diri rakyat ? | frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); -webkit-text-size-adjust: auto; "> frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); -webkit-text-size-adjust: none; background-color: rgba(255, 255, 255, 0); font-family: verdana, arial, helvetica, sans-serif; ">Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. | | Tatabahasa | 20.08.2013 |
Saya ingin tahu penggunaan "justeru"... Dalam awal penulisan, contoh : 1. Justeru itu, Pegawai hendaklah menyiapkan laporan dalam tempoh... 2. Justeru, Pegawai hendaklah ..... Soalan : apa perbezaan "justeru itu" dan "justeru" Terima kasih | frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); -webkit-text-size-adjust: auto; "> frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); -webkit-text-size-adjust: none; background-color: rgba(255, 255, 255, 0); font-family: verdana, arial, helvetica, sans-serif; ">Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Lazimnya kita tidak berkata malahan itu, bahkan itu. Oleh itu kata justeru telah memadai dan diikuti dengan tanda koma. Berdasarkan makna tersebut memadai dengan justeru, bukan justeru itu. | | Tatabahasa | 16.08.2013 |