Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa terjemahan "remote work" yang membawa maksud kerja jarak jauh dari pejabat?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah remote work ialah kerja jarak jauh. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah22.06.2023
(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)

Soalan:
1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.

Jawapan:
1)Perpustakaan elektronik merupakan perpustakaan alternatif yang menyediakan maklumat dalam program pendidikan jarak jauh.

Soalan:
2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.
Jawapan:
2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan slogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini.

Soalan:
3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.
Jawapan:
3)Ketaksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spesies laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.


Soalan:
4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.
Jawapan:
4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahami kandungan al-Quran.

Tatabahasa17.03.2013
Tuan/Puan, Saya warganegara Malaysia, mengambil kursus jarak jauh dari Shanghai Normal Univerisity. Tajuk tesis saya ialah "Perbandingan maksud dan tatabahasa "di atas" antara Bahasa Cina dengan Bahasa Malaysia". Saya telah cuba mencari maksud "atas" dan "di atas" dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=di+atas,tetepi yang terpapar keluar adalah takrif perkataan - perkataan yang mengandungi frasa "di atas" sahaja. Bolehkah tuan / puan ajar saya bagaimana cara saya key in supaya dapat cari maksud "di atas" dan tesis yang berkaitan tentang "kata arah" atau "maksud di atas"? Ribuan terima kasih saya ucapakan.Untuk makluman, puan boleh mendapatkan maklumat melalui www.prprm.dbp.gov.my dan melihat data daripada pelabagai sumber termasuklah Kamus, Istilah, Khidmat Nasihat dan Korpus. Untuk mengakses makna daripada kamus atau korpus, puan boleh menulis satu kata kunci seperti "atas" dan untuk mendapatkan data daripada sumber-sumber lain seperti Khidmat Nasihat, puan boleh menulis perkataan "atas dan di atas".Lain-lain04.08.2015
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, adakah "bekerja dari luar" padanan yang tepat bagi terma "remote working"?Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

remote working - kerja jarak jauh

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah29.04.2022
Salam, apakah yang dimaksudkan dengan sistem kawalan jauh? Terima kasih.Sistem kawalan jauh merupakan satu sistem atau peraturan yang dikawal dari jarak jauh. Sistem ini digunakan bagi memudahkan pengawalan yang mengandungi atau menggunakan kecanggihan teknologi.Makna23.12.2013
Salam, Saya ingin mengemukakan pertanyaan mengenai penulisan RM XX dalam menulis laporan. contoh. Deposit premis tersebut adalah sebanyak RM500. adakah RM 500 ini ditulis dengan jarak dekat (RM500) atau dengan jarak jauh (RM 500). Terima kasih atas maklium balas anda. Wasalam.Cara menulis RM500 adalah dekat tanpa jarak.Tatabahasa01.06.2016
Apakah perkataan yang sesuai untuk terjemahan "Remote Learning"? Bolehkah digunakan Pembelajaran Jauh?

Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "remote learning" ialah pembelajaran jarak jauh.

Makna24.03.2021
APA ITU JENIS KATA ADJEKTIF DAN CONTOH-CONTOHNYA?

Saudara Mohd. Iqbal,

Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu

   i. kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah

  ii. kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu

 iii. kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal

 iv. kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis

 v. kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau

 vi. kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir,rapat

 vii. kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan

viii. kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah

 ix. kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin,kelat

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

  

 

Tatabahasa10.01.2010
ASM, 1. Bagaimana perkataan mobile digunakan dalam BM. saya telah mencarinya dalam carian kata tetapi tiada maklumat tentang mobile. contohnya mobile device dan mobile learning tolong tejemahkan ke BM atau apakah istilah yang digunakan dalam BM . TK.

Puan Fairose,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'mobile' ialah 'mudah alih',' bimbit' atau 'bergerak' bergantung pada konteks penggunaannya. Bagi perkataan 'mobile device' padanan bahasa Melayu ialah peranti bimbit/mudah alih. Bagi perkataan 'mobile learning' konteksnya sama dengan 'e-learning' atau 'distant learning', maka padanan  bahasa Melayu ialah pembelajaran jarak jauh.

Istilah28.05.2010
1. Apakah istilah B.Melayu sesuai digunakan untuk menterjemah m-learning (mobile learning) bolehkah digunakan m-pembelajaran? 2. Nyatakan istilah dan ejaan yang betul bagi istilah mobile dalam B. Melayu. Amat sukar untuk menterjemahkan perkataan di atas, diharap pihak DBP dapat mewartakan istilah yang akan digunakan oleh para penyelidik dalam bidang berkaitan. Terima kasih.

Istilah m-learning (mobile learning) tidak ada dalam sumber rujukan kami. Merujuk kepada istilah yang seumpamanya seperti e-learning padanan dalam bahasa Melayu ialah e-pembelajaran, maka bagi istilah m-learning dalam bahasa Melayu ialah m-pembelajaran. Mobile dalam konteks ini bermasud mudah alih, atau makna lain bagi mobile ialah bimbit atau bergerak. Walau bagaimanapun jika konteks mobile learning sama dengan distant learning, maka padanan bahasa Melayu ialah pembelajaran jarak jauh

Istilah25.12.2010
123

Kembali ke atas