Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.bin] | جوبين

Definisi : kepingan (biasanya berbentuk segi em­pat) drpd tanah liat bakar utk menutupi din­ding, lantai, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jubin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera. minta bantuan perkataan jawi seperti berikut: 1) KEDAI JUBIN 2)Ejaan jawi bagi KEDAI JUBIN ialah کداي جوبينEjaan21.08.2019
Salam, apakah terjemahan yang sesuai bagi 'interlocking tiles'? Adakah jubin memanca? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "interlocking tiles". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "interlocking" yang padanan bahasa Melayunya ialah memanca atau saling kunci. Oleh itu, "jubin memanca" boleh digunakan.Istilah16.12.2013
Adakah penggunaan kata bahasa yang betul PEKERJA BINAAN MAHIR 1 Pemasang Konkrit Pratuang 2 Pemasang Sistem Acuan 3 Pemasang Sistem Blok 4 Pemasang Kekuda Bumbung 5 Jurulepa 6 Pemasang jubin 7 Penerap Bata 8 Jurubengkok Besi Tetulang 9 Tukang Kayu 10 Tukang Konkrit 11 Pemasang Dinding 12 Pemasang Siling 13 Tukang Cat 14 Operator Jentera 15 Pemasang Perencah 16 Operator Kren 17 Juruambin dan Jurutali 18 Tukang Paip 19 Penjaga Jentera 20 Penyambung Kabel 21 Pendawai 22 Jurukimpal 23 Jurugegas Petrokimia 24 Jurubagas & Jurucat 25 Juru Penyaman Udara & Pengudaraan Mekanikal 26 Penyiasat Tanah?Sila berikan istilah bahasa Inggeris untuk kami memastikan sama ada padanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul. Hal ini kerana kebanyakan istilah yang diberikan tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP.Istilah22.11.2016
Apakah seramik, porselin dan tembikar merujuk benda yang sama? Terima kasih.

Tembikar ialah jenis seramik, manakala porselin ialah salah satu bahan yang digunakan untuk membuat seramik, selain tanah liat. Takrifan seramik, tembikar dan porselin dalam Kamus Dewan Perdana ialah:

seramik سيراميک [se⋅rɑ⋅mik]

n 1 barang yg dihasilkan drp tanah liat, mis tembikar, pasu dan jubin: Kami menyediakan seramik berukir bagi hiasan dalaman masjid tsb. 2 bahan yg keras, rapuh dan mempunyai takat lebur yg tinggi yg dibuat drp tanah liat: Seramik yg paling penting ialah tanah liat tradisional. 3 seni dan teknik membuat barang-barang drp tanah liat, tembikar dsb: Karya yg dipamerkan ialah seni catan, cetakan, seramik, anyaman dan foto yg merupakan hasil kerja tangan pelajar UPSI.

berseramik برسيراميک [bər⋅se⋅rɑ⋅mik] ktt ada seramik atau berhias dgn seramik: Ruang dapur atas berseramik biru menjadikan dapur tampak mewah.

 

tembikar تمبيکر [təm⋅bi⋅kɑr]

n 1 cawan, mangkuk, pinggan dll yg dibuat drp tanah liat yg dibakar dan bergilap; 2 serpihan

tembikar, cawan, mangkuk dll; tembereng;

 

porselin ڤورسلين [por⋅sə⋅lin] n bahan yg dibuat drp campuran tanah liat, kuarza dsb, yg dipanaskan sehingga menjadi pepejal putih yg licin, keras dan digunakan sbg penebat elektrik, peralatan dapur, makmal dsb;

berporselin برڤورسلين [bər⋅por⋅sə⋅lin] ktt mengandungi porselin: bahan batuan berporselin.

Semoga jawapan ini menjawab persoalan tuan.

Terima kasih.

Makna22.03.2023
pandanan kata dalam bahasa kebangsaan SKILLED CONSTRUCTION WORKERS 1 Precast Concrete Installer 2 Formwork System Installer 3 Block System Installer 4 Roof Truss Installer /Fabricator 5 Plasterer 6 Tiler 7 Bricklayer 8 Bar Bender 9 Carpenter 10 Concretor 11 Drywall Installer 12 Ceiling Installer 13 Painter 14 Plant Operator 15 Scaffolder 16 Crane Operator 17 Slinger And Rigger 18 Plumber 19 Chargeman 20 Cable Jointer 21 Wireman 22 Welder 23 Petrochemical Fitter 24 Blasting & Painting Specialist 25 Air-Conditioning & Mechanical Ventilation Specialist 26 Soil Investigator ”

Padanan kata dalam bahasa Melayu untuk PEKERJA MAHIR BINAAN ialah:

1. Pemasang Konkrit Pratuang
2. Pemasang Sistem Acuan
3. Pemasang Sistem Blok
4. Pemasang Kekuda Bumbung
5. Tukang Plaster
6. Tukang Jubin
7. Penurap Bata
8. Pelentur Bar
9. Tukang Kayu
10. Pengkonkrit
11. Pemasang Dinding Kering
12. Pemasang Siling
13. Tukang Cat
14. Pengendali Loji
15. Perancah
16. Pengendali Kren
17.Pemasang Anduh dan Rig

18. Tukang Paio

19. Jurujaga atau Penjaga Jentera

20. Penyambung Kabel

21. Pendawai atau Pemasang Dawai

22. Pengimpal atau Tukang Kimpal

23. Pemasang Kelengkapan Petrokimia

24. Pakar Catan dan Semburan

25. Pakar Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal

26. Penyiasat Tanah

Istilah20.12.2016

Kembali ke atas