Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian di antara kening dgn mata (yg menutupi mata), pelupuk mata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pelupuk mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud kejelikitan dan penggunanya dalam ayatJeleket (bukan jelikit) bermaksud melekat biasanya pada kertas, kelopak mata, dan lain-lain. Kejeleketan bermaksud keadaan jeleket; contohnya, "Kejeleketan menyebabkan ia sukar membuka kelopak mata dengan cepat".Makna28.07.2009
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/ Puan. Mohon berikan cadangan bagi perkataan 'double eyelid'. Sumber internet yang saya jumpa kebanyakannya menggunakan padanan kelopak mata berganda. Adakah ia benar? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi "double eyelid" ialah kelopak mata berganda. Istilah17.02.2020
APAKAH MAKSUD JAMUNG,JURAGAN,DATI KELOPAK MATA,BEBATKAN,& MENYEMARAKKAN TEMBANG. 2.) TETESAN ATAU TITISAN.

1) Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, jamung ialah andang atau suluh manakal juragan ialah nakhoda.  Walau bagaimanapun soalan "bebatkan & menyemarakkan tembang" tidak jelas.

2) Ejaan yang betul ialah titisan.

Untuk makluman saudara, perkhidmatan Khidmat Nasihat DBP tidak merangkumi pertandingan Teka Silang Kata atau apa-apa bentuk pertandingan. Walau bagaimanapun saudara dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam laman web DBP.

Makna01.06.2009
Why do our eyelids twitch contantly sometimes? Terjemahan: Mengapakah kelopak mata kita kadang-kadang berkelip? adakah kata berkelip boleh menjadi maksud bagi perkataan twitch?Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan twitch sesuai diterjemahkan kepada menggerenyet.Penyemakan dan penterjemahan15.08.2018
Apakah kata lawan kepada sepet iaitu keadaan kelopak mata yang ada dua garisan.

Saudara/Saudari,

Lawan kepada mata yang sepet lazimnya digunakan bundar dan bulat.

Lain-lain10.09.2012
Salam sejahtera. Apakah maksud perkataan 'kejelekitan'. Bagaimanakah penggunaannya yang betul? Saya lihat ada yang menggunakan perkataan tersebut bagi maksud 'erat'. Terima kasih.Untuk makluman, ejaan yang betul ialah jeleket yang bermaksud “melekat”, yang  biasanya berlaku pada kertas, kelopak mata, dan lain-lain. Kejeleketan pula bermaksud keadaan jeleket. Contoh dalam ayat, "Kejeleketan menyebabkan Ali sukar membuka kelopak mata dengan cepat.Makna17.08.2020
While blinking, our eyelids spread tears evenly on our eyes in order to moisten the eyeballs. Terjemahan: Apabila kelopak mata berkelip, air mata akan merebak keseluruh mata untuk melembapkan bola mata. Adakah perkataan "merebak" sesuai digunakan untuk terjemahan tersebut?Jika dirujuk kepada ayat yang diberikan, perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan situasi tersebut ialah "merembes" yang bermaksud meresap masuk atau keluar (berkenaan benda cair).Makna27.09.2018
salam. saya ingin tahu apakah perbezaan kerdip dan kerlip?Menurut Kamus Pelajar,  kerdip ditakrifkan sebagai  berkerdip sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn lampu, mata dll); berkelip. mengerdipkan menjadikan sekejap terbuka dan sekejap tertutup; mengelipkan. kerdipan cahaya yg berkerdip; gerakan kelopak mata utk pejam celik; kelipan.

Manakala kerlip ditakrifkan sebagai berkerlip, mengerlip sekejap terbuka sekejap tertutup; berkedip-kedip; berkelip-kelip:Di langit kelihatan bintang ~. sekerlip;~ mata sekejap mata.

Berdasarkan takrifan tersbeut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.
Makna19.03.2014
Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana?Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata.").Ejaan19.03.2012

Kembali ke atas