Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.per.luan] | کڤرلوان

Definisi : 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.per.luan] | کڤرلوان

Definisi : apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting: Jika ada ~ apa-apa, mintalah drpd kakakmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,

Peribahasa

Calak-calak ganti asah,
     menanti tukang belum datang.

Bermaksud :

Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik; sekadar untuk mencukupi keperluan saja. calak-calak = lampas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
keperluan asas'Keperluan' bermaksud perihal perlu atau sesuatu yang diperlukan atau sesuatu yang berguna. Manakala 'asas' pula bermaksud menjadi aaalas, dasar, tapak atau sesuatu yang menjadi sandaran/pendukung kepada sesuatu yang lain. Oleh itu, maksud keperluan asas adalah bergantung pada konteksnya. Dalam kehidupan manusia, keperluan asas bermaksud rumah, makanan, dan pakaian. Lain-lain03.04.2008
1. alat tulis 2. alat-alat tulis 3. alat keperluan 4. alat-alat keperluan adakah kesemua di atas betul? adakah "alat" memberi maksud "bilangan yang banyak"? terima kasih.Frasa yang betul ialah alat tulis dan alat keperluan. Perkataan alat telah menunjukkan banyak dan pelbagai.Tatabahasa12.08.2013
Salam, saya ingin bertanya apakah terjemahan bagi ungkapan berikut, "Body's essential needs." Adakah gramatis jika saya terjemahkan ungkapan tersebut sebagai "Keperluan perlu tubuh?" Saya sedar bahawa terjemahan "Keperluan penting tubuh" adalah lebih sesuai, tetapi saya ingin tahu jika terjemahan saya sebelum itu boleh digunakan. Terima kasih.Keperluan perlu tubuh tidak gramatis dalam ungkapan tersebut. Kami cadangkan ungkapan keperluan tubuh atau keperluan penting/utama tubuh digunakan.Tatabahasa31.07.2012
yang manakah yang betul, "Sebahagian barang-barang keperluan" atau "Sebahagian daripada barang-barang keperluan"?Adakah perkataan "daripada" mesti dimasukkan?Yang betul ialah sebahagian daripada barang-barang keperluan. Daripada di sini sebagai berfungsi sebagai kata sendi nama.Tatabahasa28.02.2007
Pergi dan membeli barang-barang keperluan rumah Pergi dan beli barang-barang keperluan rumah Ayat yang manakah betul?Ayat yang gramatis ialah "Pergi dan beli barang-barang keperluan rumah."Tatabahasa15.05.2023
Sy ingin bertanya tentang cadangan perkataan bagi ayat2 ini, sama ada perlu meggunakan perkataan "PERIMETER" @ "PARAMETER" : 1. Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan sebagai penanaman perimeter bagi setiap cadangan pembangunan. 2. Ini bermakna ruang 2 meter penanaman perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja. Sy juga ingin bertanya tentang kewujudan perkataan "KEMUDAHSAMPAIAN" (accessibility) dalam istilah b.melayu atau dalam kamus dewan terbaru. Terima kasih.1. Dalam Kamus Dewan Edisi keempat, perimeter bermaksud ukuran panjang keliling sesuatu objek, rajah satah atau kawasan. Manakala parameter bermaksud  garis-garis yang menen­tukan atau menandakan keluasan atau batasan sesuatu, keluasan yang ada batasan-batasannya.

Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan yang sesuai ialah perimeter.

Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan  perimeter bagi setiap cadangan pembangunan.

Hal ini bermakna 2 meter perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja.

2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan Accessibility ialah kebolehcapaian, ketercapaian mengikut konteks ayat.
Tatabahasa08.09.2017
1.yang manakah yang betul, "Sebahagian barang-barang keperluan" atau "Sebahagian daripada barang-barang keperluan"?Adakah perkataan "daripada" mesti dimasukkan? 2. yang mana satu benar- pada usia belasan tahun atau dalam usia belasan tahunAyat yang betul ialah "Sebahagian daripada barang-barang keperluan". Kata sendi nama 'daripada' dalam ayat tersebut menunjukkan perbezaan atau perbandingan. 2. Ayat yang betul ialah 'dalam usia belasan tahun' kerana 'pada' hanya merujuk masa dan tempat.Tatabahasa22.03.2007
USIM hendaklah mengenal pasti keperluan pewujudan rekod, berdasarkan kepada perkara berikut: ATAU USIM hendaklah mengenal pasti keperluan pewujudan rekod, berdasarkan perkara berikut: Mohon penjelasan yang manakah lebih tepat. tqKedua-duanya boleh digunakan. Namun  begitu ayat yang lebih tepat ialah USIM hendaklah mengenal pasti keperluan pewujudan rekod, berdasarkan perkara yang berikut:Tatabahasa22.10.2020
PENUHI KEPERLUAN PERIBADI atau PERNIAGAAN Kemakmuran hidup anda sekelurga atau perkembangan perniagaan dapat dirancang dengan baik melalui gabungan rangkaian produk-produk inovatif dari Bank Rakyat.Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain15.11.2017
Soalan saya, ayat tanya manakah yang tepat untuk soalan berikut? Apakah terdapat keperluan untuk membangunkan model pengajaran ABC untuk murid sekolah? Atau Adakah Apakah terdapat keperluan untuk membangunkan model pengajaran ABC untuk murid sekolah?

Ayat tanya yang betul berdasarkan konsep dan konteks ayat yang bersesuaian ialah “Adakah terdapat keperluan untuk membangunkan model pengajaran ABC untuk murid sekolah?” atau “Apakah keperluan untuk membangunkan model pengajaran ABC untuk murid sekolah?”.

Tatabahasa19.03.2024
12345678910...

Kembali ke atas