Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nama suatu bangsa dan bahasa (ter­utama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihat­kan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) meme­layukan: ~ istilah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 nama asal bangsa yg mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya. 2 nama suku bangsa, terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu: masuk ~ mengikut cara hidup orang Melayu. memelayukan menterjemahkan ke bahasa Melayu. kemelayuan sifat atau ciri yg menunjukkan keperibadian Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melayu

Puisi
 

Sayang encik Melayu,
     Pakai serban senget sebelah;
Kalau berbunyi burung jentayu,
     Ayam di reban serba salah.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Belum sekuku.

Bermaksud :

Amat sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Indonesia termasuk dalam kepulauan melayu Yang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan namun sekarang Indonesia menekankan bahawa negara Indonesia menggunakan bahasa indonesia.adakah bahasa melayu dan bahasa Indonesia berasal dari salah silah yang sama dan sekiranya bahasa Indonesia dari Salah silah bahasa melayu, mengapa Indonesia tidak mengiktirah bahasa melayu di Indonesia

Bahasa Melayu dan  bahasa Melayu Indonesia  dikatakan berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat, iaitu Polinesia, Melanesia, Mikronesia dan Nusantara.

Walau bagaimanapun, persoalan berkaitan dengan Indonesia tidak mengiktiraf bahasa Melayu di Indonesia bukanlah persoalan tentang bahasa dan pihak kami tidak dapat memberikan maklum balas berkaitan dengan perkara tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain24.08.2023
Apakah bahasa melayu klasik yang paling susah untuk diungkapkan?Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, iaitu semasa zaman kerajaan Melaka, Aceh dan Johor-Riau. Bahasa Melayu klasik tidak sukar untuk diungkapkan.  Walau bagaimanapun, ciri-ciri bahasa Melayu klasik yang panjang, berulang-ulang dan banyak penggunaan ayat pasif serta songsang menjadikan bahasa Melayu klasik agak sukar untuk difahami.Lain-lain24.08.2023
Terima kasih atas jawapan kepada soalan saya: Bagaimanakah ejaan yang betul, Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Contoh ayat: Raju mahir bertutur dalam Bahasa/bahasa Melayu. Mengapakah perkataan bahasa dalam ayat itu tidak dieja dengan huruf besar (Bahasa Melayu) ?

Ejaan dan ayat yang betul ialah “Raju mahir bertutur dalam bahasa Melayu”. Frasa “Bahasa Melayu” yang dieja dengan huruf B dan M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah.

Ejaan05.09.2023
Bagaimanakah ejaan yang betul, Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Contoh ayat: Raju mahir bertutur dalam Bahasa/bahasa Melayu.Jawapan yang betul ialah "Raju mahir bertutur dalam bahasa Melayu."Ejaan30.08.2023
Bahasa Melayu juga merupakan cerminan kesopanan budi dan adab bangsa Melayu. Ayat di atas pola apa? Merupakan kata apa... Minta penjelasanBahasa Melayu juga merupakan cerminan kesopanan budi dan adab bangsa Melayu.
Jenis pola ayat di atas ialah  FN + FN.

Ayat yang tepat ialah: Bahasa Melayu tinggi juga ialah cerminan kesopanan budi dan adab bangsa Melayu.
Tatabahasa19.01.2022
Mengapa Bahasa melayu mendapat pinjaman kata dari Bahasa lain Dan adakah bahasa Melayu merupakan bahasa Yang mundurBahasa Melayu menerima pinjaman daripada pelbagai bahasa disebabkan penjajahan Inggeris dan Belanda.  Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidak boleh dianggap mundur kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan istitusi-institusi pengajian tinggi.Lain-lain24.08.2023
Ejaan mana satu adalah betul? Bahasa Melayu? Atau bahasa Melayu?Yang betul ialah, bahasa Melayu.Lain-lain16.10.2023
Soalan berkaitan ejaan tepat berikut: "Di rantau Alam Melayu pula, beberapa suku masyarakat di Sumatera seperti Batak dan Rejang didapati menggunakan kulit kayu sebagai alas tulisan mereka " Perkataan Alam Melayu di eja sebagai alam Melayu atau Alam Melayu dalam konteks ayat tersebut? Terima kasih.Kata "alam" dalam frasa "alam Melayu" dalam ayat tersebut dieja dengan huruf kecil kerana perkataan "alam" bererti kerajaan atau negeri yang umum sifatnya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:53). Keadaan ini berbeza jika frasa ini telah mengandungi konsep tertentu dan dijadikan kata nama khas.Lain-lain15.10.2022
1. buku teks Bahasa Melayu atau buku teks bahasa Melayu? Dalam situasi apakah bahasa Melayu digunakan sebagai kata nama khas? 2. buku teks Matematik atau buku teks matematik?
  1. Frasa yang tepat ialah ‘buku teks Bahasa Melayu’. Frasa ‘Bahasa Melayu’ yang dieja dengan huruf B dan M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah.
  2. Frasa yang tepat ialah ‘buku teks Matematik’. Perkataan ‘Matematik’ yang dieja dengan huruf M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah.
Tatabahasa28.05.2024
1.Adakah ejaan internet atau Internet? 2. Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Bahasa Sepanyol atau bahasa Sepanyol?

1. Internet ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar.

2. Penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu dan bahasa Sepanyol.

Lain-lain09.12.2022
12345678910...

Kembali ke atas