Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paling atas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ingin mendapat kelulusan papan iklan seperti dilampirkan.Masukkan perkataan "RESTORAN" di bahagian paling atas. Setelah dibuat pembetulan kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain25.06.2015
Perkhidmatan Setia Enterprise Waste Disposes Service Collecting Recycle MaterialsSila tambah keterangan aktiviti berbahasa Melayu di bahagian paling atas papan iklan: PUSAT PENGUMPULAN BARANGAN TERPAKAI.
Terjemah teks berbahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.
Untuk mendapatkan pengesahan bahasa, buat pembetulan pada visual papan iklan dan hantar permohonan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP di laman web www.prpm.dbp.gpv.my atau kunjungi kaunter DBP di ibu pejabat DBP Jalan Dewan Bahasa Kuala Lumpur.
Lain-lain09.11.2016
Memohon Pengesahan BahasaSila masukkan keterangan iklan atau teks bahasa Melayu untuk pengesahan seperti PEJABAT URUSAN di bahagian paling atas. Untuk pengesahan, sila klik domain "KHidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain17.10.2014
ADAKAH LOGO SEPERTI INI BOLEH DIGUNAKAN? 1. Iklan untuk keperluan  papan premis perniagaan: tukar kepada KAFE DAN BAKERI dan ubah kedudukan perkataan tersebut di bahagian paling atas sebelah kiri.Lain-lain08.08.2017
boleh tak jika saya mempamerkan iklan bertajuk Kedai Buku e- BooksJika kedai buku itu didaftarkan sebagai e-Books, nama itu boleh digunakan. Pastikan keterangan iklan "KEDAI BUKU" di bahagian paling atas.Lain-lain12.03.2015
Salam.. saya cuma nak mendapatkan info berkenaan iklan..permohonan saya telah ditolak tetapi sebab yang diberikan tidak jelas & sukar difahami..bolehkah saya mendapat keterangan yang lebih lanjut..terima kasihMaukkan keterangan iklan "FARMASI" di bahagian paling atas.Lain-lain30.07.2015
Perkataan PUNDAK dalam Bahasa Indonesia adakah ia bermaksud PUNCAK dalam Bahasa Melayu, Malaysia.Thanks for your kind assistance.Pundak (bahasa Jawa) maknanya dalam bahasa Melayu ialah bahu atau diri seseorang manakala puncak pula bermakna bahagian yang tertinggi atau paras yang paling atas.Makna30.04.2005
"Black Knight" adalah sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Deep Purple yang saya minati dari zaman remaja dan menjadi inspirasi dalam perniagaan saya.Kami tidak mengesahkan nama syarikat atau logo. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, seperti "STUDIO RAKAMAN" di bahagian paling atas. Kemukakan permohonan tuan kepada "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain17.06.2015
Saya telah menghantar 3 kali permohonan untuk pengesahan tetapi tidak lulus . Apakah sebab ia tidak diluluskan . Ejaan yang dipohon sama seperti ejaan nama kedai iaitu Birkenstock .Tidak ada keterangan iklan atau teks bahasa Melayu dalam iklan tuan. Masukkan perkataan "KEDAI KASUT" di bahagian paling atas dengan huruf yang jelas. Kemukakan permohonan tuan kepada "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain15.04.2015
nasihat untuk mandapatkan kelulusan visual papan iklan berserta ukuran dalam meter persegi, terima kasihDBP menyemak penggunaan bahasa Melayu dalam iklan melalui domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Penggunaan bahasa mestilah betul, saiz huruf yang jelas dan diletakkan di bahagian paling atas. Hal-hal teknikal yang lain hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan.Lain-lain09.06.2015
12345678910...

Kembali ke atas