Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngua.sa.an] | ڤڠواساءن

Definisi : perihal menguasai atau me­nguasakan: ~ bahasa sendiri sangat penting bagi seseorang penterjemah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngua.sa.an] | ڤڠواساءن

Definisi : perbuatan atau hal menguasai: ~ bahasa Melayunya sangat lemah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara 'meningkatkan penguasaan' dan 'meningkatkan kefahaman'? Adakah 'penguasaan' merujuk kepada pemahaman yang menyeluruh tentang sesuatu konsep?Kefahaman bermaksud hal faham akan sesuatu atau tahu dan mengerti benar akan sesuatu, manakala penguasaan bermaksud perbuatan atau hal menguasai, iaitu mengetahui dengan mendalam. Berdasarkan makna tersebut tahap penguasaan melebihi tahap kefahaman dan penguasaan lebih menyeluruh dan terperinci.Tatabahasa12.09.2012
lebih sesuai menggunakan perkataan 'mempertingkat' atau 'mempertingkatkan' dalam ayat? contoh 'mempertingkat penguasaan BM atau 'mempertingkatkan penguasaan BM' betul???kenapa???

Perkataan yang betul ialah mempertingkatkan - tingkat, bukan kata adjektif dan imbuhan yang betul ialah memper-...-kan.

Tatabahasa28.09.2010
Saya ingin meningkat penguasaan Bahasa Malaysia anak-anak saya yang berumur 10, 12 dan 13. Apakah cara-cara tertentu yang boleh meningkatkan penguasaan bahasa mereka ? Saya sudi untuk membeli novel-novel tertentu kalau ini caranya. Apakah novel-novel remaja DBP yang boleh dibeli untuk tujuan demikian ?Salah satu cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia di kalangan anak-anak ialah dengan memperbanyak bahan bacaan berbahasa Melayu termasuklah akhbar, majalah dan buku. Jika saudara berminat untuk mendapatkan majalah/buku terbitan DBP boleh mendapatkannya di kedai buku berhampiran atau berkunjung ke Kedai Buku DBP di Kuala Lumpur.Tatabahasa11.08.2010
HURAIAN MAKSUD PENGUASAAN, AMALI DAN KEMAHIRANPenguasaan ialah memiliki, menguruskan dan berkuasa atas sesuatu. Amali ialah pelaksanaan prinsip atau teori (yg dipelajari dsb), berasaskan pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dsb. Kemahiran ialah kecekapan dan kepandaian.Makna24.08.2007
Mohon semak penggunaan perkataan penguasaan dalam tajuk kajian saya : Meningkatkan Penguasaan Dua Kalimah Syahadah Menggunakan Teknik Nyanyian 'Alunan Syahadahku' Dalam Kalangan Murid-murid Tahun Satu. Terima kasihKami berpandangan perkataan penghayatan lebih sesuai digunakan dalam konteks yang tersebut. Meningkatkan Penghayatan Dua Kalimah Syahadah Menggunakan Teknik "Alunan Syahadahku" dalam Kalangan Murid-murid Tahun Satu.Tatabahasa29.04.2015
Assalam... Saya sedang menulis tesis dalam BM dan bercadang untuk menggunakan terjemahan berikut untuk kajian saya: 1. Autonomy support - Sokongan Autonomi 2. Mastery Evaluation - Penguasaan penilaian 3. Performance-approach goals - Matlamat prestasi 4. Mastery goals - Matlamat penguasaan 5. Perceived instrumentality - Perantaraan tertanggap Soalan : Adakah terjemahan yang saya cadangkan ini sesuai dan boleh diguna pakai? Adakah perkataan lain yang lebih baik dan sesuai untuk saya gunakan dalam tesis saya? Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan yang tuan berikan boleh diterima, selagi ia bersesuaian dengan konteks penggunaannya.
1. Autonomy support - Sokongan Autonomi
2. Mastery Evaluation - Penguasaan penilaian
3. Performance-approach goals - Matlamat pendekatan prestasi
4. Mastery goals - Matlamat penguasaan
5. Perceived instrumentality - Perantaraan tanggap/tanggapan
Tatabahasa18.11.2015
bagaimanakah peranan laman web dalam penguasaan berbahasa.Laman web memang berperanan dalam memberikan maklumat dan memudahkan pengguna mendapatkan pelbagai maklumat selain merujuk buku dan bahan bacaan. Ini bermakna bahan/maklumat yang diperoleh boleh membantu dalam menguasai atau memahirkan penguasaan berbahasa.Lain-lain14.08.2007
'Murid-murid tidak mahir dalam penguasaan ayat di bahagian karangan. Terdapat banyak aspek kesalahan yang ditemui terutamanya pada bahagian kata tugas'. . Betulkah penggunaan kata 'di bahagian' dan 'pada bahagian' dalam ayat ini?Terima kasih.Ayat yang dicadangkan ialah "Murid-murid tidak mahir membuat ayat dalam karangan."Tatabahasa24.09.2013
Banyak membaca buku dapat meningkatkan penguasaan bahasa seseorang pelajar. Munsyi, pola ayat FN + FK untuk ayat ini, tetapi saya kekeliruan mengapakah banyak terletak di depan? Tolonglah munsyi tunjuk ajarkan ayat ini. tkDalam contoh ayat yang diberikan itu adalah betul kerana kata kerja yang penggunaannya dalam ayat tersebut berfungsi sebagai subjek, iaitu kata kerja yang mengambil tugas kata nama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 359 dan juga halaman 464.Tatabahasa04.07.2012
Saya ingin bertanya, apakah kepentingan penguasaan bahasa asing untuk kemajuan negara? Bagaimanakah cara untuk mengekal dan mendaulatkan bahasa Malaysia di samping menguasai bahasa asing sperti bahasa Jepun, Rusia dan Inggeris?Bahasa asing perlu juga dikuasai untuk menambahkan pengetahuan dan ilmu dalam pelbagai bidang. masih terdapat banyak buku rujukan dalam bahasa asing yang belum lagi diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Cara yang terbaik untuk mengekalkan dan mendaulatkan bahasa Melayu adalah dengan mengamalkannya dalam urusan harian kita dan juga  di peringkat antarabangsa.  Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa kebangsaan kita dan mengamalkannya seharian hingga ke peringkat antarabangsa.Lain-lain27.04.2008
1234567

Kembali ke atas