Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nung.gang] | ڤنوڠݢڠ

Definisi : orang yg menunggang atau menunggangi sesuatu: askar ~ gajah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nung.gang] | ڤنوڠݢڠ

Definisi : orang yg me­nunggang atau yg menunggangi: ~-~ basikal sudah bersedia utk memulakan perlumbaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penunggang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan frasa 'penunggang-penunggang motosikal' betul?Frasa yang betul ialah "penunggang motosikal".

Jika hendak menyatakan jamak/banyak, frasa yang lebih sesuai ialah ramai penunggang motosikal...
Tatabahasa21.09.2012
Salam 1Malaysia. 1. Apakah perbezaan antara penunggang dan pembonceng motosaikal. 2. Bolehkah penumpang motosaikal dipanggil pembonceng.1. Penunggang ialah orang yg menunggang atau menunggangi sesuatu: askar ~ gajah. Manakala pembonceng ialah orang yg membonceng. 2. Penumpang motosaikal boleh dipanggil pembonceng.Lain-lain09.08.2010
1) Yang mana satu betul?Penunggang beca atau pemandu beca? 2)Adakah frasa mengibarkan bendera jalur gemilang betul?Ataupun mengibarkan jalur gemilang ayat yang betul?Frasa yang betul ialah penunggang beca dan mengibarkan jalur gemilang.Tatabahasa13.06.2012
Apakah perbezaan "ketika" and "semasa", Rujuk kepada ayat ini. Penunggang motosikal itu terlanggar tembok ( ) cuba mengelak seorang kanak-kanak. a. manakala b. ketika c. semasa d. untukPenunggang motosikal itu terlanggar tembok (semasa) cuba mengelak seorang kanak-kanak.Tatabahasa21.08.2008
Apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1. 75% dari jumlah individu yang terbabit dalam kemalangan jalan raya ialah penunggang motosikal. 2. Banyak premis-premis di bandar Alor Gajar dihempas tiang elektrik sewaktu ribut melanda.1. 74% daripada jumlah individu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ialah penunggang motosikal.
2. Banyak premis di bandar Alor Gajah dihempap tiang elektrik sewaktu dilanda ribut.
Tatabahasa28.02.2013
Dalam konteks zaman, saya mencadangkan agar istilah penarik beca ditukar kepada penunggang beca atau pengayuh beca.Istilah yang diguna pakai pada masa ini ialah pengayuh beca.  Istilah30.03.2010
1. Gambar menunjukkan sesorang tukang beca yang membawa penumpang dengan menunggang beca . A) Pak Ali seorang penunggang beca. B) Pak Ali seorang penarik beca. yang mana betul ? 2. Adakah terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut ? i) Bunga mawar itu berbau sungguh harum. ii) Hujan agak lebat pagi tadi.

Yang betul ialah Pak Ali ialah penarik beca. 2. Bunga mawar itu sungguh harum. 3. Ayat tersebut betul.

Tatabahasa23.07.2010
Penggunaan istilah 'samseng jalanan' yang rasmi? Istilah ini merujuk kepada golongan mana dan adakah 'mat rempit' termasuk dalam istilah ini atau istilah ini sememangnya dirujuk kepada 'mat rempit'?Istilah samseng jalanan digunakan bagi menggantikan istilah mat rempit yang diberikan kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram.Istilah22.03.2010
Salam. Bolehkah saya tahu istilah terjemahan yang sesuai bagi perkataan snowboarding, snowboard, dan snowboarder. Juga istilah riders dalam konteks sukan snowboarding. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk snowboarding, snowboard dan snowboarder. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah luncur papan salji, papan luncur salji dan peluncur papan salji. Istilah bahasa Melayu untuk rider ialah penunggang.Istilah15.10.2012
Bolehkah saya guna perkataan Gempak Rider utk tajuk sesuatu acara? Ia adalah acara konvoi bermotosikal Cth: Jangan ketinggalan untuk menyertai acara 'Gempak Rider' pada ahad 21 Oktober 2012 iniUntuk makluman puan, frasa "Gempak Rider" tidak boleh digunakan kerana perkataan "Gempak" ialah bahasa percakapan dan tidak diterima sebagai perkataan yang rasmi. Perkataan "Rider" pula ialah perkataan bahasa Inggeris dan perlu diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Penggunaan perkataan bahasa Melayu bersama-sama bahasa Inggeris dalam satu frasa (bahasa rojak) juga tidak dibenarkan. Oleh itu, kami mencadangkan puan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya untuk tajuk acara tersebut, contohnya "Penunggang Hebat".Istilah05.09.2012
12

Kembali ke atas