Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : alat yg digunakan utk menunu, pembakar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat yg diguna­kan utk menunukan; bahagian (peli­ta, dapur dsb) yg mengeluarkan api; pembakar. ~ gas bahagian yg bermuncung atau berlubang tempat keluarnya gas yg menjadi bahan bakar, mis pd dapur gas. ~ Bunsen penunu gas yg digunakan dlm makmal sains yg berupa tiub (drpd logam) dan mempunyai injap udara di bahagian bawahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penunu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BurnerPenunuMakna23.03.2007
Bagaimana ayat dibawah dijemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. 1. Light Oil Burner 2. Gas Burner 3. Heavy Oil Burner 4. Dual Fuel Burner 5. Modulating Gas BurnerBerikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan:



1. Light oil burner: Penunu minyak ringan

2. Gas burner: Penunu gas

3. Heavy oil burner: Penunu minyak berat

4. Dual fuel burner: Penunu bahan api duaan

5. Modulating gas burner: Penunu gas pemodulasian



Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.
Istilah14.04.2021
Bagaimana cara untuk mengeja peralatan jurutera kepada bahasa melayu. Sebagai contohnya Gear, Bearing, Inverter, Hoist, Burner, Boiler, Pulley dan CouplingPadanan bahasa Melayu bagi istilah gear ialah gear, bearing ialah galas, inverter ialah penyongsang, hoist ialah pengangkat, burner ialah penunuboiler ialah dandang, pulley ialah kapi, dan coupling ialah pengganding. Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Istilah23.11.2022
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Potato Rumbler 2. Pie Die 3. Pizza Dough Docker 4. Bratt Pan 5. Proofing Oven 6. Chef Blowtorch Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Potato Rumbler  - Pengupas kentang
2. Pie Die - Acuan Pai
3. Pizza Dough Docker - Pencucuk Doh Piza
4. Bratt Pan - Alat Memasak Bratt
5. Proofing Oven - Ketuhar Penaikan Doh
6. Chef Blowtorch - Penunu Bagas
Istilah23.03.2016

Kembali ke atas