salam hormat, harap dapat terjemah perintah-perintah am ini ke bahasa inggeris. terima kasih. | Saudara Nadia, Pihak DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan dokumen seperti yang dikemukakan. Pihak DBP hanya menyediakan khidmat penyemakan penggunaan bahasa dalam dokumen selain khidmat nasihat bahasa melalui telefon, e-mel, faksimile dan khidmat dalam talian. Oleh yang demikan saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara, no. telefon 03- 41497210 atau www.itnm.com.my | Lain-lain | 27.07.2010 |
Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih. | Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih. Ayat 1, 2 dan 3 merupakan ayat perintah (jenis ayat permintaan). Sementara kata 'jemput, 'ayu'h dan 'mari' merupakan ayat perintah jenis silaan. Rujuk semula Tatabahasa Dewan, muka surat 450-452. | Tatabahasa | 10.05.2013 |
Apakah makna ayat imperatif? | Makna ayat imperatif ialah ayat perintah. Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya yang biasanya digugurkan berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut: (i) Ayat suruhan (ii) Ayat larangan (iii) Ayat silaan (iv) Ayat permintaan | Makna | 16.07.2006 |
APAKAH PENANDA PERINTAH? | Penanda perintah bermaksud perkataan/ayat yang membawa maksud perintah. Kata mohon, sila ialah antara penanda perintah (bentuk halus) yang sering digunakan. | Makna | 01.10.2006 |
Hi, padanan "command line" ialah "garis perintah" atau "baris perintah"? | penggunaan yang tepat adalah mengikut konteks penggunaannya. cadangan daripada kami ialah garis perintah. | Tatabahasa | 09.08.2007 |
Apakah jenis ayat di bawah. Soalan : Semua pelajar diminta berkumpul di padang. Ayat penyata atau ayat perintah ? Tolong berikan sebab. Terima kasih. | Ayat yang diberikan ialah ayat perintah. Untuk makluman, ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ms. 441 dan 448 - 452. | Tatabahasa | 07.08.2011 |
saya mahu menerbitkan sebuah buku. tetapi saya tidak tahu dimana mahu menerbitkannya dan ingin melindungi rekacipta saya tanpa ditiru oelha pihak lain? | Bahan tersebut boleh dihantar kepada mana-mana penerbit yang bersetuju untuk menerbitkannya. Tentang pemilikan dan perlindungan hak cipta, sila rujuk Akta Hakcipta 1987 (Akta 332) & Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah. | Lain-lain | 29.07.2009 |
saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan "suatu" dan satu. contoh Satu perintah Mahkamah atau Suatu perintah mahkamah... | Lazimnya satu digunakan untuk objek yang sudah pasti atau bilangan seperti satu ketetapan telah dibuat ..., manakala sesuatu merujuk yang tidak pasti seperti pada suatu hari .... | Tatabahasa | 11.03.2013 |
Kata perintah manakah yang betul untuk digunakan untuk ayat ini; ______ beri laluan. Makanan ini panas. Tolong beri laluan atau harap beri laluan. | Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu.
Jawapan yang betul ialah harap beli laluan. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
SAYA NAK MENERBITKAN SEBUAH BUKU DAN BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN REKACIPTA AGAR TAK DITIRU PIHAK LAIN? | Hak cipta diperoleh secara automatik oleh penulis apabila bahannya diterbitkan. Jika ditiru oleh pihak lain, maka orang itu telah melakukan pelanggaran hak cipta dan dia boleh dikenakan denda jika terbukti bersalah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Akta HakCipta 1987 (Akta 332) & Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah. | Lain-lain | 29.07.2009 |