Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ja.la.nan] | ڤرجالنن

Definisi : 1. perihal berjalan (bergerak), gerakan: dia bertanggungjawab atas ~ pejabat; bertanggungjawab mentadbir ~ koperasi; 2. = kejalanan ark perihal ber­pergian (kepergian): ibunya meninggal dlm ~ ke Mekah; 3. pengaliran: kotoran meng­halang ~ minyak itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ja.la.nan] | ڤرجالنن

Definisi : 1 hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~ ke sekolah tadi. 2 cara berjalan (bergerak): Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3 aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Peribahasa

Semut terpijak tidak mati,
     alu tertarung patah tiga.

Bermaksud :

Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana paling tepat: a) Bak kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pengalaman'. b) Bak kata pepatah, 'jauh perjalanan, luas pengalaman'. c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". d) Bak kata pepatah, "jauh perjalanan, luas pengalaman".c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". Ejaan13.12.2011
Salam, Perjalanan yang selamat bermula dengan anda. atau Perjalanan yang selamat bermula dari anda. Ayat adalah ini untuk digunakan di atas kain rentang pengiklanan.Ayat yang betul ialah Perjalanan yang selamat bermula daripada anda.Tatabahasa09.08.2012
Apakah terjemahan terbaik bagi 'business trip' atau working trip ? Semakan di DBP hanya memberi terjemahan untuk perkataan tersebut secara berasingan. Logiknya terjemahannya adalah "Perjalanan Perniagaan" atau "Perjalanan bekerja" Bolehkah kita samakan ia dengan "business visit" iaitu "lawatan bekerja"?Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "business trip" atau "working trip". Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah lawatan kerja.Istilah04.04.2013
Bayangkan perjalanan dari Mekah ke Baitul Maqdis yang berbulan-bulan itu dilakukannya semalaman sahaja. Penggunaan "Bayangkan" dlm ayat di atas betul atau salah? terima kasihBayangkan ialah terjemahan imagine dalam bahasa Melayu. Perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa07.09.2012
JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGANJAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGANLain-lain03.03.2011
Adakah ayat berikut betul? Perlu masukkan 'bahawa' dan imbuhan 'ber'? Nabi Musa berasa insaf dan menyedari seseorang harus sabar dalam perjalanan menimba ilmu. Nabi Musa berasa insaf dan menyedari bahawa seseorang harus bersabar dalam perjalanan menimba ilmu. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah Nabi Musa berasa insaf dan menyedari bahawa seseorang harus bersabar dalam perjalanan menimba ilmu.Tatabahasa05.01.2012
Saya ingin tahu di mana kah saya harus membuat penterjemahan dokumen perjalanan ( Paspot ) Antarabangsa dari Bahasa Malayu/Inggeris ke Bahasa Arab? Pada masa sekarang saya sedang bekerja di Libya dan untuk mendapatkan visa, saya harus memperjemahkan dokumen perjalanan ke bahasa arab. Boleh ke pihak tuan memberi arahan ataupun panduan untuk mendapatkan penterjemahan. Sekian terima kasihSila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia, nombor telefon 03-21424381 atau Institut Terjemahan  Negara Malaysia, nombor telefon 03-41497210 untuk mendapatkan khidmat yang diperlukan.Lain-lain30.09.2009
maria terpersona melihat air laut yang_________ (membiru,kebiruan) di sepanjang perjalanan ke langkawi...mohon pencerahan jawapan...Perkataan yang tepat ialah kebiruan. Perkataan kebiruan bermaksud keadaan biru manakala membiru bermaksud menjadi biru.

Maria terpesona melihat air laut yang kebiruan sepanjang perjalanan ke Langkawi.
Tatabahasa19.09.2013
Apakah istilah yang tepat bagi Bahasa Melayu untuk perkataan trip? Saya sudah merujuk Kamus Dewan dan trip dinyatakan sbg trip juga atau perjalanan. Bukankah lawatan lebih tepat? Terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk trip ialah perjalanan. Lawatan ialah padanan istilah bahasa Melayu untuk tour, travel dan visit.Istilah02.07.2011
1)Perjalanan dari Kota Bharu ke kampung kamu lamakah? jawapan mengatakan bahawa lamakah adalah salah. 2)Keluarga Boo Lim belum mengetahui tentang peristiwa malang yang menimpanya itu. jawapan mengatakan bahawa tentang patut digantikan dengan akan. bolehkan tuan/puan jelaskan jawapan yang diberikan?Ayat tersebut ialah bahasa percakapan dan tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi. Ayat yang betul ialah berapa lamakah perjalanan ke kampung kamu? 2. Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa01.08.2010
123456

Kembali ke atas