Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plak] | ڤلک

Definisi : enapan yg terbentuk pd permukaan gigi yg terdiri drpd campuran air liur, bakteria, dan saki-baki makanan, yg boleh menyebab­kan penyakit gusi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plak] | ڤلک

Definisi : plat drpd gangsa, kayu, dll yg berhias dan berukir sbg tanda peringatan: sebuah ~ gangsa Renong Berhad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan saya yang berikutnya. bagi pihak yang mentandatangan plak perasmian, sebagai contoh : Y.B Puan Elizabeth Wong Keat Ping. Pada plak / plat perasmian tersebut perlu dicetak sebagai Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping atau YB Elizabeth Wong Keat Ping atau pun Y.B Puan Elizabeth Wong Keat Ping Harap dapat membantu. Terima kasihYang Berhormat Elizabeth Wong Ket Ping dan YB Elizabeth Wong Keat Ping (singkatan) boleh digunakan.Lain-lain03.04.2017
Soalan 1 : Adakah penggunaan perkataan “BANGUNAN” dan “WISMA” pada plak perasmian adalah BETUL atau SALAH dan adakah ia sesuai? Soalan 2 : Untuk Keseluruhan ayat pada Plak, adakah terdapat kesalahan dari ssegi tatabahasa dan penggunaan serta susunan ayat ? Soalan 3 : Penggunaan ayat "Disempurnakan Oleh" atau "Sempurna Oleh". Yg mana satu yang betul?

1. "Bangunan" dan "Wisma" merujuk perkara yang sama. Tuan hendaklah memilih salah satu daripadanya. Tetapi, sekiranya "Wisma Zakiah Hanum" merupakan satu nama khas, frasa tersebut adalah tepat penggunaannya.

2. Frasa yang betul ialah "Disempurnakan oleh".

Tatabahasa31.10.2013
Soalan 1 Adakah penggunaan perkataan “BANGUNAN” dan “WISMA” pada plak perasmian adalah BETUL atau SALAH dan adakah ia sesuai? Soalan 2 Untuk Keseluruhan ayat pada Plak, adakah terdapat kesalahan dari ssegi tatabahasa dan penggunaan serta susunan ayat ? Soalan 3 Penggunaan ayat "Disempurnakan Oleh" atau "Sempurna Oleh". Yg mana satu yang betul?

1. "Bangunan" dan "Wisma" merujuk perkara yang sama. Tuan hendaklah memilih salah satu daripadanya. Tetapi, sekiranya "Wisma Zakiah Hanum" merupakan satu nama khas, frasa tersebut adalah tepat penggunaannya.

2. Frasa yang betul ialah "Disempurnakan oleh".

Tatabahasa31.10.2013
Bagi ruangan tandatangan perasmi di plak perasmian , perlu diletakkan kata hormat YBHG.DATUK MHD AMIN NORDIN BIN ABD AZIZ atau memadai DATUK MHD AMIN NORDIN BIN ABD AZIZ?Untuk makluman, maklumat tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Akan tetapi, pada kebiasaannya YBHG diletakkan dalam plak tersebut, seiiring dengan nama perasmi.Lain-lain23.08.2015
Mohon dapat pengesahan penyediaan plak perasmian seperti yang contoh dilampirkan. terima kasih.

AUDITORIUM ELYAS OMAR

Tarikh:

9 Disember 2015

 

Dirasmikan oleh:

...........................................................

 

………………………………………………...                        ………………………………………………………..

(TAN SRI DATUK SERI ELYAS BIN OMAR)                                  (DATUK HJ. MHD. AMIN NORDIN BIN ABD. AZIZ)

Tatabahasa19.11.2015
mohon dapat ulasan berkaitan ayat berikut untuk di plak penghargaan. DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DALAM MENJAYAKAN TUGAS PENGUATKUASAAN TAHUN 2016Penggunaan ayat tersebut adalah betul dari segi tatabahasa.Tatabahasa24.11.2016
Salam Sejahtera, Minta jasa baik pihak tuan/puan untuk menyemak ejaan Jawi yang dilampir untuk penyediaan plak perasmian bagi pihak kami. Terima Kasih.Teks yang terbaharu telah kami terima dan akan dijawab terus kepada e-mel saudara.Lain-lain14.04.2011
Aminur Ariffan sedihnye da lepas...tiap2 thun menunggu info nak join...tapi hampa...last sya join thun 2000..thun lepas bulan 11 thun ne awal plak ye..Untuk makluman, tahun ini kembara bahasa bermula sebaik sahaja majlis pelancaran bulan bahasa kebangsaan 2013 peringkat kebangsaan diadakan. Insya-Allah, harap dapat sertai pada tahun hadapan. Terima kasih.Lain-lain18.12.2013
1. Sekiranya tajuk program "Majlis Perasmian" perlu digunakan ayat "dirasmikan oleh" atau "disempurnakan oleh" untuk nama perasmi? 2. untuk plaque perasmian sekiranya tiada tajuk "dirasmikan oleh" boleh guna ayat "dirasmikan oleh" atau "disempurnakan oleh" pada tempat sign?

Frasa "dirasmikan oleh" atau "disempurnakan oleh" boleh digunakan untuk majlis perasmian dan pada plak perasmian.

Lain-lain30.08.2023

Kembali ke atas