Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.sa.pan] | رسڤن

Definisi : perihal meresap (masuk ke dlm sesuatu), kejadian (sesuatu) meresap ke dlm sesuatu: kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh ~ air; akibat pe­ngaruh dan ~ nilai-nilai keislaman inilah yg menyebabkan syair dan pantun Melayu kian bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah penting di Nusantara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.sa.pan] | رسڤن

Definisi : apa-apa yg telah meresap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resap
Kata Terbitan : meresap, meresapi, meresapkan, terserap, resapan, keresapan, peresapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah perbezaan antara 'resapan' dan 'peresapan'? Dapatkah pihak tuan/puan memberikan contoh penggunaan bagi setiap perkataan? Terima kasih.Selamat ptg.
1. Resapan ialah apa-apa yg telah meresap Contoh: Kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh resapan air.
2. Peresapan ialah perihal (proses) meresap, meresapi atau meresapkan. Contoh: Peresapan unsur-unsur budaya material.
Istilah20.07.2016
apakah yang dimaksudkan dengan telaga resapan?..harap balas...Telaga resapan tiada dalam sumber rujukan kami yang ada telaga cerapan untuk terjemahan observation well dalam bahasa Melayu.Makna02.08.2008
APAKAH MAKSUD DIFUSI MENGIKUT SUBJEK PENGAJIAN MALAYSIA?Perkataan difusi (resapan)bermaksud perihal meresapkan atau menyebarkan pengetahuan, kebudayaan dsb. Makna DIFUSI MENGIKUT SUBJEK PENGAJIAN MALAYSIA-terlalu luas bergantung pada konteksnya.Makna25.01.2007
Bolehkah saya menggunakan perkataan difusi inovasi bagi menggantikan perkataan diffusion on innovation. Sekian, terima kasih.Diffusion boleh diterjemahkan kepada peresapan, resapan, bauran, pembauran, penyebaran dan difusi dan perkataan difusi digunakan dalam bidang fizik. Kami mencadangkan penggunaan perkataan bahasa Melayu seperti pilihan yang tersedia, kecuali jika perkataan berkenaan tidak dapat menggambarkan konsep yang dimaksudkan dalam bahasa sumber.Penyemakan dan penterjemahan25.05.2019
Maksud sealant di dalam bahasa melayu bagi istilah kejuruteraanMaksud sealant dalam bahasa Melayu bagi bidang kejuruteraan ialah Bahan yang digunakan untuk menampal celahan bagi mengelakkan kebocoran ataupun maksud yang kedua ialah Bahan mudah lentur yang dipasang pada bahagian sambungan untuk menghalang resapan air, angin ataupun habuk daripada menembusinya.
Istilah02.07.2020
Salam dan Selamat Sejahtera tuan/puan Berdasarkan maklum balas yang diberikan pihak tuan/puan pada 12/06/2020, Dalam bidang Geografi, padanan bagi “innovation diffusion theory” ialah “teori bauran inovasi'. Pertanyaan saya, kalau dalam bidang inovasi, apakah maksud yang sesuai bagi 'Innovation Diffusion Theory'? Terima kasih atas bantuan dan kerjasama tuan/puan. Salam hormat.Pihak kami mencadangkan frasa "Teori Penyebaran Inovasi", "Teori Resapan Inovasi" atau "Teori Penyerakan Inovasi" sebagai padanan bagi "Innovation Diffusion Theory”.Istilah12.06.2020

Kembali ke atas