Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebab dan akibat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Mohon pencerahan cara mengguna perkataan sebab dan akibat. Adakah betul ayat di bawah: 1. Kepatuhan pelancong terhadap garis panduan berkhemah disebabkan oleh kesedaran alam sekitar yang tinggi. 2. Pembaziran air mengakibatkan kos operasi semakin meningkat.Waalaikumsalam. Ayat 1 dan 2 adalah betul.Tatabahasa27.04.2015
khidmat nasihat sastera kanak-kanak dan remaja : 1)peringkat umur yang sebenar buku bacaan sastera kanak-kanak dan remaja di malaysia 2) maksud plot dan sudut pandangan sastera kanak-kanak dan remajaSoalan 1: Peringkat umur sebenar buku bacaan kanak-kanak bergantung pada bentuk atau genre buku. Buku bergambar/buku konsep (0-3 tahun); buku cerita bergambar (5-9 tahun). Buku berilustrasi: novel(10-12 tahun);kumpulan cerpen (7-9;10-12 tahun);kumpulan puisi (7-9;10-12 tahun). Peringkat umur remaja awal (13-15 tahun); remaja pertengahan (16-18 tahun); remaja akhir (19-21 tahun)- untul pelbagai bentuk penerbitan buku seperti novel, puisi, cerpen dan genre lain.
Soalan 2: Plot ialah rentetan peristiwa atau jalinan cerita yang direka oleh pengarang berdasarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa dalam cerita itu berlaku. Peristiwa dijalin dengan melibatkan pertikaian atau konflik yang di akhir cerita menemukan peleraiannya. Plot untuk cerita kanak-kanak sesuai disusun pengarang secara kronologi;berurutan peristiwanya dari awal hingga ke akhir cerita. Pengarang tidak perlu mencampuradukkan plot dengan imbas kembali, imbas muka sehingga menyukarkan pemahaman kanak-kanak. Plot cerita kanak-kanak terbina daripada urutan peristiwa yang bermula dengan pengenalan cerita, dikembangkan dalam pertengahan cerita dan diakhiri dengan peleraian cerita.
Sudut Pandangan-pencerita sebagai sudut pandangan orang pertama ditandai dengan cerita yang menggunakan kata ganti nama pertama, watak aku atau saya, dan mungkin juga cerita menggunakan ganti nama kami. Teknik ini lebih mudah dan sesuai untuk penulis baru. Teknik ini membenarkan pengarang bertindak sebagai pencerita utama watak atau watak sampingan yang bercerita tentang watak utama. Sudut pandangan orang ketiga ditandai dengan penggunaan kata ganti nama orang ketiga, iaitu dia, atau memakai nama watak dalam cerita. Sudut pandangan orang ketiga beerti anda sebagai pengarang yang mempamerkan apa-apa yang dilihat dan dilakukan oleh watak-watak, malah berusaha menyelami setiap sudut perasaan watak. Hingga pembaca boleh mengetahui setiap yang difikirkan dan dirasakan oleh watak-watak dalam cerita.
Lain-lain02.05.2014
Konflik dalam cerita dikatakan termasuk di dalam teknik plot namun sesetengah pendapat mengatakan konflik hanya hadir dalam perkembangan plot. Sila perjelas tentang konsep plot dan teknik plot.

Konflik dalam cerita dikatakan termasuk di dalam teknik plot namun sesetengah pendapat mengatakan konflik Konflik hanya hadir dalam perkembangan plot. Sila perjelas tentang konsep plot dan teknik plot.

Secara umum, konflik ialah perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll. Dalam cereka, konflik adalah salah satu unsur penting dalam menggerakkan plot, kerana harus dingat bahawa plot ialah jalinan cerita yang  berasaskan sebab dan akibat. Justeru, untuk menjalinkan sebuah cerita yang baik, pengarang mesti menciptakan konflik untuk mengembangkan plot ceritanya. Tanpa konflik tidak akan ada cerita dan tanpa konflik yang rencam, tidak mungkin sesebuah cerita itu dapat berkembang dan menarik. Sebagai contoh mudah, lihat sahaja dalam setiap drama (baca: drama juga ialah salah satu genre dalam sastera) bersiri di televisyen yang mengaplikasikan konflik untuk meneruskan cerita agar penonton terus mengikuti siri-siri cerita tersebut.

Manakala teknik plot pula ialah atau lebih tepat teknik penceritaan ialah elemen-elemen yang membantu pengarang dalam membina ceritanya. Teknik penceritaan ini ialah yang dapat menunjukkan kreativiti pengarang dalam mempelbagaikan gaya dalam menyamapaikan ceritanya. Antara teknik penceritaan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya. Elemen-elemen ini teknk penceritaan ini juga menyebabkan konflik sessuatu cerita itu akan lebih menarik dan rencam.

Oleh itu, konflik adalah asas penting yang menggerakkan sesebuah cerita yang akan diikuti dengan suspens dan kejutan. Ketiga-tiga unsur itu (konflik, suspens dan kejutan) akan digunakan oleh pengarang (cerpen, novel dan drama)  untuk menggerakkan plot ceritanya dengan dibantu oleh teknik penceritaaan. Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

Lain-lain08.02.2010
Apakah beza antara apabila dan kerana.

Tuan,

Apabila: kata penghubung ayat yg bererti pd ketika; semasa: ~ sampai di rumah, barulah ia membuka bungkusan itu.

Kerana: merupakan kata tugas; sinonim dengan  lantaran, sebab">oleh sebab, sebab">sebab, fasal, dek, demi, akibat">akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula.,

Istilah22.08.2011
Mana ayat yang betul? 1. Ganesh makan roti tetapi adiknya makan biskut. ATAU Ganesh makan roti dan adiknya makan biskut. 2. Kek pandan itu murah dan sedap. ATAU Kek pandan itu murah tetapi sedap. 3. Masakan ibu Rizal ringkas dan berkhasiat. ATAU Masakan ibu Rizal ringkas tetapi berkhasiat. Terimakasih.Kata hubung “dan” didapati mengimplikasikan maksud kesinambungan atau pertalian, menggabungkan dua item yang setara, serentak, maksud sebagai tambahan, perlakuan berurutan, penjelasan lanjut, menambahkan sifat atau sesuatu suasana, dua atau lebih suasana yang berlaku serentak dan sebab akibat. Sementara, kata hubung “tetapi”, mengimplikasikan maksud pertentangan, memberikan penjelasan lanjut, petunjuk kesinambungan untuk meneruskan perbualan atau pertanyaan, penafian, keadaan atau tujuan yang tidak tercapai, dan pembetulan.

Oleh hal yang demikian, ayat 1,2 dan 3 lebih sesuai menggunakan kata hubung "dan".

Terima kasih.
Tatabahasa22.05.2017
Salam sejahtera, Saya masih keliru dengan pengunaan RAMAI dan BANYAK dalam ayat yang merujuk kepada manusia. Masalah ke-2 saya, penggunaan "kk" dan "k". Walaupun saya tahu ttg. penjelasanmya:"kk" digunakan merujuk kepada kata kerja. Namun saya tidak jelas ttg yg bukan kata kerja. Sebab, saya "nampak" hampir semua yg berkaitan dgn kk dan k adalah kata kerja. Sekian, terima kasih.

Ramai dan banyak boleh digunakan untuk merujuk manusia. Kesilapan penggunaan k atau kk kerana kita tidak dapat membezakan antara imbuhan -kan dan meN -kan dengan imbuhan -an, peN - an dan ke-....an akibat pengaruh sebutan. Imbuhan-kan dan -an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar yang berakhir dengan konsonan k. Oleh itu, lazimnya penggunaan kk ialah pada kata kerja berimbuhan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa06.08.2009

Kembali ke atas