Salam sejahtera DBP Saya ingin yang mana satu daripada ayat-ayat di bawah ini yang tepat. (a) Makanan yang dijual di restoran Mamat sedap-sedap belaka. (b) Makanan yang dijual di Restoran Mamat sedap belaka. Terima kasih. | Makanan yang dijual di restoran Mamat sedap-sedap belaka. (Ayat ini betul.) Penerangan: Pengandaan kata dilakukan untuk menghasilkan makna-makna tersendiri, antaranya ialah kejamakan subjek kata sifat berkenaan, contohnya: besar-besar (Durian di dusunnya besar-besar belaka), sedap-sedap (Makanan di restoran Mamat sedap-sedap belaka), kaya-kaya (Penduduk Taman Harta ini kaya-kaya belaka). (Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kata Adjektif Ganda, hlm. 239 dan Nahu Melayu Mutakhir, Gandaan Asal, hlm. 274 – 278.Makanan yang dijual di restoran Mamat sedap belaka. (Ayat ini betul.) Penerangan: Perkataan Makanan bermaksud jamak, belaka bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali; oleh itu tidak perlu menggandakan perkataan sedap. | Tatabahasa | 18.05.2011 |
Mohon pihak DBP memberi respon ayat-ayat berikut. kalau salah, dimanakah salahnya. Kalau betul, tolong terangkan juga. 1. Makanan di restoran ini sedap-sedap belaka. 2. Restoran ini menjual pelbagai makanan. 3. Lagu 'Negaraku' ialah kebangsaan Malaysia. 4. Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya terletak di Selangor. | 1. Ayat Makanan di restoran ini sedap-sedap belaka betul kerana penggandaan penuh kata adjektif dalam ayat tersebut memberi makna keadaan sifat yang menyeluruh. 2. Ayat Restoran ini menjual pelbagai makanan betul kerana pelbagai menunjukkan maksud berbagai-bagai. 3. Ayat yang sepatutnya ialah Lagu 'Negaraku' ialah lagu kebangsaan Malaysia. 4. Ayat Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya terletak di Selangor betul. | Tatabahasa | 24.06.2010 |
Yang manakah betul: sedap belaka sedap-sedap belaka | Frasa yang betul ialah 'sedap belaka' kerana perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap. | Tatabahasa | 24.08.2014 |
1. masakannya sedap-sedap belaka 2. masakannya sedap belaka Encik/ Puan, ayat yg mana betul dan kenapa? mohon pencerahan... | Ayat yang betul ialah masakannya sedap belaka. | Tatabahasa | 03.12.2015 |
kata ganda 1.Kuih-muih itu semuanya sedap-sedap belaka.Betul atau salah. ditemui atau ditemukan 2.Kanak-kanak itu ditemui lemas di dalam tasik. | Saudara, 1. Ayat yang betul ialah 'Kuih-muih itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap. 2. Ayat yang betul ialah 'Kanak-kanak itu ditemui lemas di dalam tasik'. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 28.08.2009 |
Saya ingin tahu samada ayat-ayat berikut betul atau salah. 1. Makanan di restoren ini sedap-sedap belaka. 2. Justeru kita hendaklah mengulangkaji pelajaran. 3. Peserta itu kuat betul berlari. 4. Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang terletak di Kedah. 5. Orang yang suka berbohong, lama-lama tidak mempunyai kawan. Saya harap pihak tuan dapat membetulkannya. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Makanan di restoren ini sedap belaka. 2. Justeru, kita hendaklah mengulang kaji pelajaran. 3. Peserta itu pantas/laju betul berlari. 4. Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang terletak di negeri Kedah. 5. Orang yang suka berbohong, lama-lama tidak mempunyai kawan. -lebih kepada bahasa percakapan | Tatabahasa | 21.08.2010 |
Salam saudara/i, Untuk penulisan rasmi, adakah yang berikut diterima? Penggunaan “lagi” bermaksud “lebih”. Contoh: Lagi besar lagi bagus. Penggunaan “bagi” bermaksud “memberi”. Contoh: Dia bagi anaknya makan sedap-sedap. Terima kasih diucapkan. | Kata bantu "lagi" boleh digunakan dalam penulisan asalkan sesuai dengan konteks ayat yang digunakan. Perkataan yang gramatis dalam konteks ayat tersebut ialah memberi. | Tatabahasa | 03.08.2013 |
Adakah ayat di bawah betul?Kata ganda di bawah agak mengelirukan saya. -Kuih-muih itu semuanya sedap-sedap belaka. | Ayat yang betul ialah 'Kuih-muih itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap. | Tatabahasa | 28.08.2012 |
minta maaf, saya mengemukakan soalan mengelirukan. Sebenarnya soalan saya ialah: Yang manakah ayat berikut betul : 1) Lauk pauk yang disediakan oleh ibu sedap belaka. 2) Lauk pauk yang disediakan oleh ibu sedap-sedap belaka | Ayat yang betul ialah Lauk-pauk itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap. | Tatabahasa | 24.08.2014 |
Suara penyanyi itu sungguh sedap didengar. Adakah ayat tersebut betul? Bolehkah suara dipadankan dengan sedap? | Sedap tidak sesuai untuk suara. Yang betul ialah merdu. Sedap merujuk kepada enak, lazat (rasa). | Tatabahasa | 12.09.2008 |