Adakah terjemahan "are you serious?" ialah "awak sungguhkah?" ? Saya tidak mahu menggunakan kata pinjaman "serius". | Cadangan terjemahan bagi "are you serious?" ialah "awak sungguh-sungguh?" atau "adakah awak sungguh-sungguh". Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini adalah bergantung pada kesesuaian dan konteks penggunaan tuan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 14.04.2023 |
soalan. 1.Terima kasih banyak-banyak atas pertolongan awak. Adakah betul penggunaan kata banyak-banyak dalam ayat. | Banyak-banyak bermaksud sungguh-sungguh atau amat sangat. Boleh digunakan dalam ayat tersebut tetapi ayat yang gramatis cukup sekadar merakamkan ucapan "terima kasih atas pertolongan anda". | Tatabahasa | 03.01.2013 |
Salam Sejahtera; Saya ingin bertanya tentang penggunaan a) .....belajar dengan sungguh-sungguh b) .....belajar dengan bersungguh-sungguh c) .....belajar bersungguh-sungguh manakah yang betul? Terima kasih. | Andrew, kedua-dua ayat ini - belajar dengan bersungguh-sungguh dan .....belajar bersungguh-sungguh - boleh digunakan tetapi kita kena lihat penggunaannya dalam ayat yang penuh. | Tatabahasa | 26.03.2010 |
Zulkarami Ibn Hj Rameli SAB 8.57 PTG Salam admin..boleh saya tahu maksud "belit-belit otak"? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tiada perkataan "belit otak" yang ditemukan ialah "putar otak" memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah). dalam Khidmat Nasihat DBP terdapat perkataan belit-belit akal (daripada brain teaser ) yang membawa maksud masalah yang rumit ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya). | Makna | 13.06.2017 |
Saya ingin bertanya betul atau tidak penggunaan perkataan pura dalam ayat dibawah atau saya harus menggunakan perkataan pura-pura. 'Saling pura cinta ' | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "pura-pura" bermaksud "tidak sungguh-sungguh, main-main sahaja". Oleh itu cadangan jawapan yang betul ialah “pura-pura cinta”. | Makna | 11.06.2022 |
Alya sangat dipercayai oleh rakan-rakannya. betulkan ayat ini? sebab “sangat” mesti dikuti oleh kata adjektif | Ayat "Alya sangat dipercayai oleh rakan-rakannya", betul. Kata "sangat" dalam contoh ayat ini berfungsi untuk mengatakan maksud sungguh-sungguh atau benar-benar. | Tatabahasa | 05.08.2022 |
Salam sejahtera. Penggunaan "sangat" dalam ayat ini diterima atau tidak? 1. Udara di pantai sangat nyaman dan segar. terima kasih | Penggunaan perkataan sangat diterima dalam ayat ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sangat bermaksud terlalu, terlampau, benar-benar, sungguh-sungguh. | Lain-lain | 02.09.2018 |
Apakah perbezaan antara 'tersangat' dengan 'sangat'? | Tersangat ialah terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. Sangat pula ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perbandingan yang tinggi; terlalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (berkenaan penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dengan sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana. | Makna | 22.07.2013 |
Selamat sejahtera, Saya menghadapi kesukaran utk menentukan perbezaan antara 'sungguh' dan 'sangat' dalam konteks ayat. Ada tak formula untuk menggunakannya?TQ | Sangat bermaksud 1. terlalu, terlampau 2. hebat, kuat, menjadi teruk 3. benar-benar(sungguh-sungguh, sememangnya Contoh: Bilangan murid yang mendapat sijil pertama sangatlah sedikit. Sungguh bermaksud 1. tidak bohong,tidak lancung, benar,betul 2. amat, sangat, terlalu. Contoh: bising sungguh bunyi kedua-duanya bertengkar. Penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks. | Tatabahasa | 30.01.2008 |
kenapa perkataan mengecamkan dipilih dan bukan mengecam sedangkan kedua-duanya sama maksud? | Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat, mengecam ialah kenal atau ingat kembali rupa dsb seseorang atau sesuatu yg telah dilihat atau didengar sebelumnya. Mengecamkan pula ialah memerhatikan (seseorang atau sesuatu) dgn sungguh-sungguh (supaya dapat mengenalinya atau ingat akannya kemudian), mengamat-amati (supaya tidak lupa kelak). Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. harap maklum. | Makna | 02.07.2008 |