Tuan, Salam sejahtera 1 Malaysia. Harap tuan yang arif dapat memberi jawapan yang betul untuk masalah kefahaman yang saya hadapi. Saya ingin mengesahkan samada susulan berikut adalah betul atau tidak dari segi tahap pembelajaran seseorang pelajar : Cntohnya: Bahasa Melayu -Tahap Asas Bahasa Melayu – Tahap Permulaan Bahasa Melayu - Tahap Pentengahan Bahasa Melayu – Tahap Lanjutan Saya yang benar Mogan Karuppiah (Dr) Talipon bimbit: 0122980421 Email: mogan@slc.edu.my | Dalam proses pembelajaran bahasa ada tiga tahap yang perlu dilalui, iaitu Asas/Permulaan, Pertengahan dan Lanjutan. | Tatabahasa | 16.03.2013 |
pada tahap atau di tahap? | Frasa yang betul ialah "pada tahap" kerana pada digunakan di hadapan kata nama/frasa nama yang merujuk keterangan waktu atau tempat, sedangkan di digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 05.09.2011 |
1. Kemampuan di tahap sederhana (above average). Soalan: Ayat dalam kurungan mesti huruf besar ataupun huruf kecil? a) Kemampuan di tahap sederhana (above average). b) Kemampuan di tahap sederhana (Above average). | Ejaan yang betul ialah "Kemampuan pada tahap sederhana (above average)". | Ejaan | 04.10.2011 |
MANA SATU YANG BETUL. TAHAP PENCAPAIAN CALON KESELURUHAN ATAU TAHAP PENCAPAIAN KESELURUHAN CALON? | TAHAP PENCAPAIAN KESELURUHAN CALON | Tatabahasa | 13.03.2013 |
Di tahap/ di peringkat atau pada tahap/ pada peringkat yang gramatis? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah pada tahap/pada peringkat yang gramatis. | Lain-lain | 29.07.2010 |
Ayat yang manakah betul? A) kegawatan ekonomi berada pada tahap yang membimbangkan B) kegawatan ekonomi berada di tahap yang membimbangkan | Ayat yang betul ialah Kegawatan ekonomi berada pada tahap yang membimbangkan. | Makna | 07.03.2012 |
1.Tahap 3 memperkenal huruf-huruf dan bunyi suku kata melalui gabungan konsonan dan vokal. 2.Tahap 3 memperkenalkan huruf-huruf dan bunyi suku kata melalui gabungan konsonan dan vokal. Soalan saya; Yang mana satukah penggunaan yang betul? :memperkenal/memperkenalkan | Ayat yang betul ialah Tahap 3 memperkenalkan huruf-huruf dan bunyi suku kata melalui gabungan konsonan dan vokal. | Lain-lain | 24.05.2010 |
apakah sejarah bahasa melayu? | Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iatu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap,iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia. | Lain-lain | 14.12.2007 |
band | tahap atau aras | Istilah | 20.06.2011 |
(Orang ramai di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani.) ATAU (Ramai orang di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani.) Antara yang manakah betul dan mengapa jawapan tersebut betul? | Orang ramai sama maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang. Merujuk ayat saudara, ayat pertama adalah betul, iaitu Orang ramai (masyarakat) di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani. Ayat kedua kurang tepat kecuali jika ditukarkan menjadi, Banyak orang (bukan ramai orang) di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani. | Tatabahasa | 17.01.2011 |