1)Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut pusat pengajian tinggi.2)Semak-samun di belakang rumah itu belum dipotong.3)Seluar saya sama besar seluar Ahmad.TOLONG BETULKAN KALAU TERDAPAT SALAH. | Saudari/Saudara, 1. Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut di pusat pengajian tinggi. 2. Ayat tepat 3. Seluar saya dan Ahmad sama besar. (ayat yang diolah oleh saudara betul dari aspek tatabahasanya namun, kurang gramatis) | Tatabahasa | 05.09.2012 |
1.Pihak polis telah berjaya mengumpul pelbagai maklumat sebaik sahaja kejadian itu disiarkan melalui akhbar. tuan, jawaban ialah sebaik salah, apakah pandangan munsyi? TK 2Puan Intan sering teringat-ingat peristiwa kebakaran yang telah memusnahkan rumahnya dulu. tuan, jawaban yang tiada kesalahan, tetapi saya sepatutnta teringat-ingat akan, apakah pandangan tuan? TK | 1. Sebaik juga bermaksud sebaik-baik, namun lazimnya kita menggunakan perkataan sebaik-baik dalam konteks ayat tersebut. Lihat Kamus Dewan untuk melihat maknanya. 2. Frasa yang betul ialah "teringat-ingat akan". | Tatabahasa | 20.02.2013 |
1)Walaupun Ali pandai,dia tidak pernah berlagak.(Ayat ini kena tambah "tetapi" atau tidak perlu?) 2)Dia teringat (pada/akan) ibunya.(perkataan "pada" atau "akan" yang tepat?Atau dua-dua pun betul?) | 1) Walaupun Ali pandai,dia tidak pernah berlagak. -sudah gramatis. Tidak perlu letak "tetapi'. 2)Dia teringat akan ibunya. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. | Tatabahasa | 07.09.2012 |
Penggunaan kata sendi nama "oleh" dan "akan" pada ayat berikut: 1.Dia teringat ...........ibunya di kampung. 2.Ayah tertarik............keindahan kota itu. Kata sendi nama "oleh" atau "akan"yang lebih tepat dalam penggunaan ayat di atas?. Jelaskan penggunaannya. | Penggunaan kata sendi nama akan yang tepat untuk kedua-dua ayat tersebut. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 282 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 02.10.2009 |
saya ingin bertanya tentang pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. INGIN. Adakah i/ngin ATAU in/gin? 2. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 3. PERTANDINGAN. per/tan/din/gan ATAU per/tan/ding/an? 4. PERANGAI. pe/ran/gai ATAU pe/ra/ngai? 5. SANGAT. san/gat ATAU sa/ngat? 6. TERINGAT. ter/in/gat ATAU ter/i/ngat? 7. MENGIRA. men/gi/ra ATAU me/ngi/ra? 8. SUATU. su/a/tu ATAU sua/tu? 9. SEMUA. se/mua ATAU se/mu/a? 10. MENAIKI. me/na/ik/i ATAU me/naik/i ATAU me/nai/ki? 11.PAK CIK GOBI. pak/cik/gobi ATAU pak cik/gobi? | Pemenggalan perkataan berdasarkan sebutan. 1. INGIN. i/ngin 2. DENGAN. de/ngan? 3. PERTANDINGAN. per/tan/di/ngan 4. PERANGAI. pe/ra/ngai 5. SANGAT. sa/ngat? 6. TERINGAT. te/ri/ngat, ter/i/ngat 7. MENGIRA. me/ngi/ra 8. SUATU. sua/tu? 9. SEMUA. se/mua 10. MENAIKI. me/nai/ki, me/nai?/ki 11.PAK CIK GOBI. pak/cik/gobi Buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua boleh dijadikan sumber rujukan. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
Contoh bagaimana untuk menulis tentang watak protagonis dalam novel Lamunan Puitis? | Watak protagonis ialah watak utama dalam sesuatu cerita, drama; penyokong terkemuka sesuatu perjuangan, pergerakan dan sebagainya. Novel Lamunan Puitis mempunyai trilogi yakni mengandungi tiga novel dalam satu buku. Kisah pertama bertajuk "Sebuah Mimpi Hari Tua" mengisahkan sebuah keluarga yang teringat akan orang tua di kampung. Mengenang kembali akan sawah yang sudah tidak diusahakan lagi. Novel kedua bertajuk "Titipan" mengisahkan tentang kenangan watak utama dengan ibunya. Novel yang terakhir bertajuk "Embun". Mengisahkan tentang watak dan sifat embun dan kaitannya dengan sifat hujan. Kisah embun yang mencari jati diri dan cuba memisahkan diri dari 'jemaah hujan'. Saudara boleh menceritakan watak utama dalam ketiga-tiga novel tersebut berdasarkan perwatakan yang dibawa oleh watak utama. Watak atau sifat (seseorang) yang zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): yang ditunjukkan oleh watak protagonis. Saudara juga boleh menghubungi Bahagian Penyelidikan Sastera DBP untuk lebih lanjut melalui e-mel iaitu hanafi@dbp.gov.my selain membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, buku rujukan dan lain-lain. | Sastera | 26.02.2013 |
APAKAH KATA SERU YANG SESUAI BAGI:- COMELNYA ADIK KAMU?ADAKAH BOLEH OH..TERIMA KASIH. | Puan Lynnie, Untuk makluman puan, kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan perasaan. Ia digunakan dalam ayat seru. Berkaitan dengan pertanyaan puan, kata seru amboi lazimnya digunakan untuk menyatakan perasaan kagum atau hairan. Oleh itu, ayat puan dibina seperti yang berikut: 1. Amboi, comelnya adik kamu! 2. Amboi, mahal sekali pakaian ini! Manakala, kata seru oh lazimnya digunakan untuk menyatakan perasaan kecewa, terkejut, hairan dan sebagainya . Misalnya; 1. Oh, sanggup engkau berbuat begitu! 2. Oh, baru aku teringat! 2. Oh, baru aku teringat! | Tatabahasa | 28.05.2009 |
apakah beza melintas dengan melintasi? | perbezaannya dapat dilihat melalui definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Empat seperti berikut; melintas = 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun; melintasi = 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. menghindarkan (kesulitan dll), mengatasi; | Tatabahasa | 20.10.2012 |
Tuan,bolehkah penanda wacana hadir di permulaan ayat di karangan? | Penanda wacana boleh hadir pada permulaan ayat seperti namun, tambahan pula, di samping itu. Contoh ayat: Ali dan keluarganya berpindah ke bandar pada akhir tahun lalu. Namun hatinya masih teringat akan kampung halamannya. Untuk lebih menguasai aspek penanda wacana, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 524. | Tatabahasa | 30.01.2011 |
sukar bezakan 'mengenang',' mengenangi' dan 'mengenangkan' | Mengenang ialah mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); Mengenangkan ialah 1. = mengenangi : menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; | Tatabahasa | 18.03.2010 |