Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Rendang sungguh pohon ara,
     Tumbuh subur tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
     Tatasusila perlu dijaga.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti kerbau tersepit leher: dihela tanduk sudah panjang,
     dilalukan badan sudah besar.

Bermaksud :

Terdorong melakukan sesuatu pekerjaan yang salah, tidak mungkin menarik diri lagi.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan : TERLAMPIR contoh ayat : SEPERTI TERLAMPIRPerkataan ini tidak salah dari segi Tatabahasa, tetapi jarang digunakan. Yang biasa digunakan ialah seperti lampiran, dilampirkan, di lampiran. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Maksud lampir ialah helai (kertas, surat, muka surat, dll), keping. Untuk keterangan maksud, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa30.04.2009
manakah yang tepat antara dalam kalangan atau di kalangan?Kedua-dua penggunaan tersebut tidak salah, namun yang paling tepat ialah "dalam kalangan" merujuk kepada tempat yang abstrak (kalangan) dan untuk membezakan tempat yang jelas sifatnya seperti di Kuala Lumpur.Tatabahasa05.07.2009
1. Apakah perbezaan antara penggunaan ya, benar dan betul. terima kasihYa ialah kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: ~, saya pun ada melihatnya. 2 kata utk menyahut panggilan orang. 3 kata utk menyatakan sanggup melakukan sesuatu. 4 kata utk memanggil atau utk menarik perhatian; wahai: ~ Allah, ~ Tuhanku!. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, betul ialah benar, tidak salah. Bersinonim dengan tepat: jitu, persis, tidak+salah">tidak salah, sebenar, benar, sahih, sah, boleh dipercayai, tidak+cacat">tidak cacat.Tatabahasa06.04.2010
Apakah beza 1. senggara 2. selenggara

Maksud kedua-dua perkataan ini adalah sama. Jadi, tidak salah kalau digunakan untuk menunjukkan maksud yang sama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat.

Tatabahasa17.03.2010
Kenapa salah satu daripada faktor salah ? bukankah lebih gramatis kalau diucapkan salah satu daripada faktor berbanding dengan salah satu faktor ? terima kasih.Frasa salah satu daripada faktor tidak salah tetapi frasa salah satu faktor telah lengkap, maknanya boleh digunakan kedua-dua frasa dan kebiasaannya kita menggunakan ayat yang pendek.Tatabahasa26.09.2007
Kenapa frasa 'makin hari semakin ketara' salah? Tolong beri penjelasan. Terima kasihFrasa ini tidak salah tetapi tidak baku. Yang betul ialah 'Semakin hari semakin ketara'.Tatabahasa12.02.2008
Yang mana betul penggunaannya Selenggara atau senggara Contoh ayat: Menyenggara daftar penghutang

Maksud kedua-dua perkataan ini adalah sama. Jadi, tidak salah kalau digunakan untuk menunjukkan maksud yang sama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. Harap maklum.

Makna31.07.2008
Betulkah ayat : Polis dan Pasukan Bomba dan Penyelamat telah bergegas..............(dan berulang dua kali) t kasih.Mengikut tatabahasa, penggunaan kata dan dalam ayat tersebut tidak salah. Namun, untuk mengelakkan kekeliruan, kata 'dan' yang pertama boleh digantikan dengan tanda koma.Tatabahasa14.04.2010
adakah ayat berikut betul : Suasana yang meriah menyelubungi dewan.Selubung bermaksud menutup, menyelimuti, melitupi, dan menyelaputi. Dalam contoh ayat yang diberikan, jika dicampur dengan unsur estetika, tidak salah menggunakan kata 'menyelubungi' bagi membawa maksud suasana  di dalam dewan itu penuh kemeriahan.Makna17.03.2008
1. Kita harus bersikap bertanggungjawab. / Kita harus bertanggungjawab. 2. Kita patut bersikap bermurah hati. / Kita patut bermurah hati.

Saudara Ang,

Ayat yang dikemukakan kesemuanya tidak salah. Penggunaannya bergantung pada gaya dan cara penyampaian penulis. 

Tatabahasa15.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas