Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.ruh] | ݢوروه

Definisi : bunyi bising di langit (yg biasanya didahului oleh kilat), guntur, tagar; ~-gemuruh berbunyi spt guruh, berdegar-degar; harapkan ~ di langit, air tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan sesuatu yg belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan; tak ada ~ pd orang pekak, tak ada kilat pd orang buta prb orang bodoh tidak tahu akan erti kiasan dan sindiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.ruh] | ݢوروه

Definisi : bunyi kuat di udara yg biasanya didahului oleh kilat; bunyi petir yg kuat; guntur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guruh

Puisi
 

Guruh dan petir penuba limbat,
     Pandan terjemur lindung bayang;
Dua tiga mencari ubat,
     Badan bertemu nan kok senang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Harapkan guruh (= guntur) di langit,
     air tempayan ditumpahkan.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, c. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar, d. Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
GuruhDewan Bahasa dan PustakaTiada20109789836245038
GuruhDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada19959836245030
GuruhDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada19979836245030
GuruhDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1995983-62-4503-0
GuruhDewan Bahasa dan PustakaTiada1997983-62-4503-0
Teater - Guruh Cahaya MerahDewan Bahasa dan PustakaTiada2012 
Misteri kilat dan guruhDewan Bahasa dan PustakaTiada20069836292853
Cerita dongeng kilat dan guruhSpectrumTiada1980 

Kembali ke atas