Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.lus.tra.si] | ايلوستراسي

Definisi : gambar (lukisan dsb) utk menerangkan atau menghiasi sesuatu (dlm buku, majalah, dll); berilustrasi mengandungi ilustrasi: kamus ~; mengilustrasi membuat (menyediakan) ilustrasi utk: tugasnya ~ buku itu; mengilustrasikan menerangkan sesuatu maklumat dgn memberikan ilustrasi: model-model ini boleh diilustrasikan dlm gambar rajah ini; beliau ~ betapa pemahaman Islam di kalangan masyarakat sangat dangkal dan bersifat ritual sahaja; pengilustrasian perbuatan mengilustrasi: buku tersebut telah mencapai satu tahap penulisan, penyuntingan, dan ~ yg boleh dipertanggungjawabkan; pengilustrasi orang yg membuat ilustrasi: tujuan dan arah sesebuah kartun itu terletak pd ~ itu sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.lus.tra.si] | ايلوستراسي

Definisi : gambar, diagram dll dlm buku, majalah dsb. berilustrasi ada ilustrasi: kamus ~ kamus yg memberikan makna dlm bentuk gambar, diagram dsb serta keterangan sedikit. mengilustrasikan memberikan atau menunjukkan ilustrasi bagi sesuatu yg diterangkan; menjelaskan sesuatu dgn memberikan ilustrasi bagi barangan dsb yg dijelaskan: Jurujual itu ~ model-model barangan yg dipromosikan. pengilustrasian perbuatan atau hal mengilustrasikan sesuatu: Buku itu mencapai tahap penulisan dan ~ yg boleh dipertanggungjawabkan. pengilustrasi orang atau pihak yg membuat ilustrasi: Tujuan lukisan dlm komik itu terletak pd ~ itu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ilustrasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan gambar, rajah, gambar rajah, foto, lakaran, lukisan.,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Ilustrasi sekeping hati : antologi puisi dan cerpen remajaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1997983-62-5771-3
Ilustrasi sekeping hatiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1997983-62-5771-3
Ilustrasi sekeping hatiRhythm Publishing Co. Sdn. Bhd.Tiada2001983-137-887-3
Kamus ilustrasi kanak-kanak Tiada2012978-967-415-074-7
Bengkel Ilustrasi Buku Berganbar Kanak-kanak oleh: Axel SchefflerPusat Dokumentasi MelayuTiada2008 
Bengkel Ilustrasi Buku Kanak-kanak DBPDewan Bahasa dan PustakaTiada2004 
Bengkel Ilustrasi Buku Kanak-kanakPusat Dokumentasi MelayuTiada2004 
Bengkel Ilustrasi Noma ConcoursDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Wawancara Kerjaya Ilustrasi MajalahDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Majlis Perasmian Bengkel Ilustrasi Buku kanak-kanak dan Bengkel KMID dan KUBMPusat Dokumentasi MelayuTiada2004 
12

Kembali ke atas