Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.le.gar] | ݢلݢر

Definisi : bunyi gemuruh (meriam, letupan bom, dll); ~ buluh cakap besar (tetapi kosong belaka); menggelegar bergemuruh (guruh, letupan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.le.gar] | ݢلݢر

Definisi : kayu (balak) yg menyangga lantai, jeriau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.le.gar] | ݢلݢر

Definisi : balok kayu yg menyangga lantai rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelegar

Puisi
 

Orang desa mengorek liang,
     Dalamnya itu tiada beranggar;
Besar pasak dari tiang,
     Besar sendal dari gelegar.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Gar-gar,
     kata gelegar,
rasuk juga yang menahannya.

Bermaksud :

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa). gelegar = balok tempat memakukan lantai papan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
galang geta[gA.lAN g«.tA] gelegar.Kita kena tukaq galang geta takot lantai reban pasai anai-anai dah makan.[ki.tA k«.nA tu.kA)Ö gA.lAN g«.tA tA.kot lAn.tAj Ò«.bAn pA.sAj A.nAj.A.nAj dAh mA.kAn]Kita kena tukar gelegar takut lantai roboh sebab anai-anai dah makan.

Kembali ke atas