Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) sj tumbuhan (pokok dan bunganya), kembang sepatu, Hibiscus rosa sinensis; b) perempuan jalang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok dan bunganya), bunga sepatu, Hibiscus rosasi­nensis (bunga kebangsaan Malaysia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. nama sj pokok renek atau bunganya, Hibiscus rosa sinensis. b. ki perempuan lacur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke rakit,
     Bunga raya dalam celepa;
Kalau tak ada ringgit di kocek,
     Taruh boyan tak jadi apa.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti bunga raya kembang pagi.

Bermaksud :

Muka yang merah padam kerana marah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bunga rayahibiscusBunga yang mempunyai lima kelopak, dan biasanya berwarna merah, merah jambu, putih atau kuning. Bunga raya merupakan bunga kebangsaan negara Malaysia. Lihat RajahSekolah Rendah
akar tunjangtap rootAkar utama pada tumbuhan yang disertai dengan akar sisi di sekelilingnya. Akar ini tumbuh menegak ke dalam tanah dan berfungsi untuk menegapkan kedudukan pokok. Contohnya, akar pokok bunga raya. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas