Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.nya.kan]/[ke.ba.nya/.kan] | کباڽقن

Definisi : 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.nya.kan]/[ke.ba.nya/.kan] | کباڽقن

Definisi : 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebanyakan

Peribahasa

Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar,
     tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan.

Bermaksud :

Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya. putarwali = seruntun.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
unsur peralihantransition elementUnsur logam yang terletak dalam kumpulan 3 hingga 12 dalam jadual berkala. Kebanyakan peralihan unsur mempunyai lebih daripada satu nombor pengoksidaan, kebanyakan sebatiannya mempunyai warna dan membentuk ion kompleks.Menengah Atas
penghibernatanhibernationPeringkat kebanyakan mamalia invertebrat dan vertebrat peringkat rendah menyesuaikan diri pada musim sejuk dengan cara merehatkan diri dan tidur untuk merendahkan kadar metabolisme. Contoh haiwan yang mengalami penghibernatan ialah beruang kutub.Menengah Rendah
tanah liatclayTanah yang kebanyakan zarahnya mempunyai diameter kurang daripada 0.002 mm. Tanah jenis ini terdiri daripada aluminium dan silika serta tidak telap air, biasanya digunakan untuk membuat tembikar dan batu bata.Menengah Rendah
tulangboneStruktur yang membentuk rangka kebanyakan vertebrat.Menengah Rendah
endospermaendospermTisu yang terbentuk di dalam biji benih kebanyakan tumbuhan berbunga sewaktu persenyawaan. Endosperma melitupi dan membekalkan nutrien kepada embrio. Lihat RajahMenengah Rendah
amebaamoebaSejenis hidupan satu sel yang boleh berubah bentuknya. Kebanyakan ameba hidup bebas dalam air tawar dan kawasan yang lembap seperti tanah dan lumpur. Ameba merupakan salah satu daripada kelompok protozoa. Nama saintifik Amoeba sp. Lihat RajahMenengah Rendah
nukleusnucleus1. Struktur berbentuk bujur atau sfera yang terdapat pada kebanyakan sel haiwan dan tumbuhan.2. Bahagian tengah atom yang terdiri daripada proton dan neutron.Menengah Rendah
algaalgaeKumpulan mikroorganisma yang terdiri daripada satu atau berbilang sel. Kebanyakan alga terdapat dalam air dan memainkan peranan yang penting dalam siratan makanan. Contoh alga ialah Chlamydomonas, Euglena dan Spirogyra.Menengah Rendah
larinkslarynxKotak suara yang terletak di bahagian bukaan trakea pada kebanyakan vertebrata.Menengah Atas
penebatinsulatorBahan yang tidak membenarkan arus elektrik atau haba mengalir melaluinya. Kebanyakan bahan bukan logam merupakan penebat yang baik. Contohnya, kaca.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas