atom | atom | Zarah terkecil bagi unsur, yang tidak boleh dibelah bahagi. Atom mengandungi nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron, dan nukleus pula dikelilingi elektron. Nukleus bercas positif dan elektron bercas negatif. Lihat Rajah | Menengah Atas |
mitosis | mitosis | Pembahagian nukleus yang menghasilkan dua nukleus anak, mempunyai set kromosom yang sama dengan set kromosom induk. | Menengah Atas |
meiosis | meiosis | Pembahagian nukleus yang menyebabkan bilangan kromosom menjadi separuh. Meiosis berlaku pada dua peringkat. Peringkat meiosis I menghasilkan dua nukleus anak yang haploid. Peringkat meiosis II, setiap nukleus anak tersebut membahagi secara mitosis untuk menghasilkan dua nukleus anak. Oleh yang demikian, pembahagian satu sel diploid akan menghasilkan empat sel haploid. | Menengah Atas |
pembelahan nukleus | nuclear fission | Proses pemecahan satu nukleus yang berat kepada dua nukleus yang lebih ringan diikuti pembebasan tenaga. | Menengah Atas |
atom | atom | Zarah terkecil bagi sesuatu unsur. Atom mengandungi nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron. Nukleus pula dikelilingi oleh elektron. Nukleus bercas positif dan elektron bercas negatif. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
nukleus | nucleus | 1. Struktur berbentuk bujur atau sfera yang terdapat pada kebanyakan sel haiwan dan tumbuhan.2. Bahagian tengah atom yang terdiri daripada proton dan neutron. | Menengah Rendah |
keradioaktifan | radioactivity | Proses pereputan spontan nukleus yang tidak stabil menjadi nukleus yang lebih stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif. | Menengah Atas |
persenyawaan ganda dua | double fertilization | Proses persenyawaan dalam tumbuhan angiosperma di mana satu gamet jantan akan bercantum dengan sel telur membentuk zigot diploid, manakala satu lagi gamet jantan akan bercantum dengan dua nukleus kutub untuk membentuk nukleus triploid. | Menengah Atas |
platelet | platelet | Serpihan sel tanpa nukleus yang terdapat di dalam darah, membantu pembekuan darah. | Menengah Atas |
neutron | neutron | Zarah subatom yang terdapat dalam nukleus atom dan tidak mempunyai cas. | Menengah Rendah |