[pa.rut] | ڤاروت
Definisi : 1. = pemarut, parutan alat utk mengukur kelapa dll; 2. bekas luka (bisul dll) pd kulit: di dahinya kelihatan satu ~ yg telah tua; 3. bekas ditetak pd pokok (kayu dll): kapak itu mengunggis ~-~ luka di pokok itu; luka itu sembuh ~nya tinggal juga = luka sudah hilang ~ tinggal juga prb walaupun sudah berbaik-baik tetapi dlm hati, pertelingkahan yg lepas itu terasa jua; berparut mempunyai parut: kepala yg ~; memarut mengukur (kelapa dll) dgn parut: kelapa diparut kemudian diperah; parutan 1. parut; 2. sesuatu yg sudah diparut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pa.rut] | ڤاروت
Definisi : 1 = pemarut alat yg digunakan utk mengukur kelapa. 2 bekas luka atau kudis yg terdapat pd kulit. berparut 1 sudah dikukur isinya (bkn kelapa). 2 ada parutnya: Mukanya ~. memarut mengukur (kelapa dll) dgn parut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)