persenyawaan | fertilization | Proses penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot yang seterusnya berkembang menjadi individu yang baharu. | Menengah Rendah |
pembiakan seks | sexual reproduction | Pembiakan yang melibatkan penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot. | Menengah Rendah |
pembiakan aseks | asexual reproduction | Pembiakan yang tidak melibatkan penyatuan dua gamet. Pembiakan ini terjadi melalui proses pembelahan dedua, pembentukan spora dan pertunasan. | Menengah Rendah |
pembiakan aseks | asexual reproduction | Pembiakan yang tidak melibatkan penyatuan dua gamet, contohnya pembiakan melalui proses pembelahan, pembentukan spora, dan pertunasan. | Menengah Atas |
tindak balas anabolik | anabolic reaction | Tindak balas kimia yang berkaitan dengan penyatuan molekul yang lebih kecil untuk membentuk molekul yang lebih besar. | Menengah Atas |
konjugasi | conjugation | Proses pembiakan seksual dalam alga dan kulat tertentu, berlaku secara gabungan sementara atau kekal yang menyebabkan penyatuan antara gamet jantan dan gamet betina. | Menengah Atas |