populasi | population | Kumpulan individu sesuatu spesies yang sama (haiwan atau tumbuhan) yang terdapat di habitat tertentu. | Menengah Rendah |
populasi | population | Kumpulan manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu kawasan atau habitat tertentu. | Sekolah Rendah |
populasi | population | Sekumpulan organisma daripada spesies yang sama, yang tinggal di habitat yang sama, dan mampu membiak. | Menengah Atas |
migrasi | migration | Perpindahan sebilangan besar organisma daripada suatu populasi, dari suatu habitat ke suatu habitat yang lain. Perpindahan ini biasanya berlaku berdasarkan musim, iklim atau bekalan makanan. Contohnya, pada sesuatu musim sesuatu populasi haiwan mungkin berpindah ke sesuatu habitat, manakala pada sesuatu musim yang lain pula, populasi tersebut akan balik ke habitat asalnya. | Menengah Atas |
kepadatan populasi | population density | Bilangan spesies haiwan atau tumbuhan yang terdapat dalam sesuatu kawasan. | Menengah Rendah |
pengasingan geografi | geographic isolation | Pengasingan populasi pelbagai spesies yang disebabkan oleh faktor geografi. | Menengah Atas |
biojisim | biomass | 1. Jumlah jisim semua organisma yang membentuk populasi atau aras trofik yang menduduki sesuatu kawasan. 2. Bahan biologi yang digunakan sebagai bahan api atau sumber tenaga. | Menengah Atas |
spesies terancam | endangered species | Spesies haiwan atau tumbuhan yang bilangannya sangat sedikit sehingga menjejaskan populasi. Contohnya, orang utan dan dugong. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
faktor pengehad | limiting factor | Faktor sekitaran yang mengehadkan kadar sesuatu proses atau pertumbuhan sesuatu organisma atau populasi. Faktor ini biasanya berubah-ubah sejajar dengan perubahan persekitaran. | Menengah Atas |
kuadrat | quadrat | Rangka berbentuk segi empat yang biasa dibuat daripada logam atau kayu tertentu yang digunakan untuk mengkaji populasi organisma yang tidak bergerak. | Menengah Atas |