Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pur.ba] | ڤوربا

Definisi : sl zaman dahulu, dahulu; masa (zaman) ~ zaman dahulu; kepurbaan perihal (keadaan, sifat dsb) purba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pur.ba] | ڤوربا

Definisi : yg dahulu-dahulu; yg lampau; lama: Setiap tahun, beribu-ribu pelawat mengunjungi Yunani utk menyaksikan bangunan-bangunan ~. zaman ~ zaman yg dahulu-dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
purba (adjektif)
Bersinonim dengan silam, kuno, dahulu, bahari, usang, primitif, arkaik, tua, lama;,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
arkeologiarchaeologyKajian saintifik tentang peninggalan zaman purba. Kajian dibuat melalui penggalian dan penghuraian kesan-kesan peninggalannya.Menengah Rendah
bahan api fosilfossil fuelBahan api daripada fosil, iaitu sisa-sisa haiwan dan tumbuhan purba yang tertimbus beribu-ribu tahun yang lalu. Contoh bahan api fosil ialah petroleum, arang batu dan gas asli.Menengah Rendah
piramidpyramidStruktur tugu dengan dasar berbentuk segi empat atau bulat. Sisi yang curam dan bertemu di satu titik puncak. Contohnya, binaan makam purba Mesir. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas