pepejal | solid | Keadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun rapat, padat dan teratur. Zarah-zarah bergetar pada kedudukan tetap. Jarak pemisah antara zarah adalah sangat kecil berbanding cecair dan tidak boleh dimampatkan. Contohnya, batu dan kayu. | Menengah Rendah |
zarah | particle | Bahagian terkecil suatu jirim seperti atom, ion dan molekul. Zarah-zarah dalam jirim sentiasa bergerak dan jenis pergerakannya berbeza dalam pepejal, cecair dan gas. | Menengah Rendah |
pantulan | reflection | Pembalikan zarah-zarah atau gelombang apabila bertemu dengan sesuatu halangan. | Menengah Atas |
pergerakan Brown | Brownian movement | Pergerakan secara rawak yang berlaku secara berterusan kerana zarah-zarah bergerak dan berlanggar antara satu sama lain. Gerakan Brown tidak terhad kepada pergerakan zarah gas sahaja tetapi juga berlaku pada cecair. | Menengah Rendah |
kekisi | lattice | Susunan teratur tiga dimensi zarah-zarah, iaitu molekul atom atau ion, dalam sesuatu hablur. Contohnya, dalam hablur natrium klorida, ion-ion natrium dan klorida disusun untuk membentuk kekisi kiub. | Menengah Atas |
tenaga pengaktifan | activation energy | Tenaga minimum yang dipunyai oleh zarah-zarah bahan tindak balas yang berlanggar supaya tindak balas kimia berlaku. | Menengah Atas |
peleburan | melting | Proses perubahan jirim daripada pepejal kepada cecair. Tenaga haba yang dibekalkan akan diserap dan ditukarkan kepada tenaga kinetik. Apabila tenaga kinetik zarah pepejal mengatasi daya tarikan di antara zarah-zarah tersebut, susunan zarah dalam pepejal menjadi tidak sekata, dan akibatnya cecair akan terbentuk. | Menengah Rendah |
gas | gas | Jirim yang zarahnya bergerak bebas secara rawak, terpisah antara satu sama lain, mengisi keseluruhan ruang bekas dan dapat dimampatkan dengan mudah. Daya tarikan antara zarah-zarah ini adalah sangat lemah. | Menengah Rendah |
zarah beta | beta particle | Zarah elektron yang terpancar keluar dari nukleus radioaktif. Zarah ini mempunyai halaju yang sangat tinggi, iaitu hampir menyamai halaju cahaya. | Menengah Atas |
cecair | liquid | Keadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun longgar, jarak antara zarah lebih besar berbanding pepejal, daya tarikan dan daya tolakan antara zarah yang lemah, sukar dimampatkan dan boleh mengalir tetapi tidak mempunyai bentuk yang tetap. | Menengah Rendah |